Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Lari Kalau Bersih?” – PMX, Anwar Ibrahim

anwar ibrahim

Oh! Negara

“Kenapa Lari Kalau Bersih?” – PMX, Anwar Ibrahim

Arena politik negara minggu ini akan menjadi semakin panas dan panas selepas masing-masing akan menggunakan segala strategi untuk memastikan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Anwar Ibrahim Selesai Jumpa Elon Musk Secara Maya, Dakwa Bakal Terima Pelaburan Besar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang rancak mengeluarkan hujah untuk berkempen. Terbaru, Anwar mengatakan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh terus memperdayakan rakyat dengan menggunakan slogan ‘bersih’.

Sebelum ini PN kata bersih, itu dah tak ada. Sebab kita tahu kenyataan SPRM cari menantu calon PM (PN) lari. Mana boleh?

Kalau SPRM ada bukti, akan lakukan siasatan, akan membuat pendakwaan. Kalau tak salah, pertahankan diri di mahkamah. kenapa lari? Ini bukan contoh baik.

Jumlah yang dikaitkan dengan kes rasuah ini banyak. Jadi bersih tu tak boleh PN, Pas, Bersatu guna lagi kerana mereka terlalu terpalit rasuah besar.

Untuk pengetahuan korang, menantu calon PM (PN) yang dikatakan Anwar adalah Muhammad Adlan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi PN.

Kredit: Buletin TV3

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas