Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Selesai Jumpa Elon Musk Secara Maya, Dakwa Bakal Terima Pelaburan Besar

Anwaribrahim elonmusk ohmedia

Oh! Geekz

Anwar Ibrahim Selesai Jumpa Elon Musk Secara Maya, Dakwa Bakal Terima Pelaburan Besar

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memaklumkan bakal berjumpa dengan jutawan yang juga pemilik Tesla, Elon Musk. Perjumpaan itu dikatakan berlangsung hari ini, Jumaat (14 Julai 2023) dan rata-rata menantikan ketibaan Elon Musk ke Malaysia.

Bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian, Anwar sudahpun melakukan perbincangan dengan Elon Musk secara maya pagi tadi. Ia dikatakan bermula pada jam 9.30 pagi dan berlangsung selama 25 minit. Jadi, Elon Musk tak jadi datang Malaysia ke?

Apapun, selepas perbincangan itu PMX menganggarkan puluhan ribu peluang pekerjaan mahir bakal terwujud dengan kerjasama itu.

IKLAN

Elon juga bersetuju untuk membuka Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di Cyberjaya termasuk di Petaling Jaya, Selangor.

Starlink (perkhidmatan satelit) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah, universiti untuk mendapat akses internet dengan cara yang murah. Walaupun 40 (satelit) disediakan awal, beliau beri pengakuan untuk memberi keutamaan kepada Malaysia.

Bagi SpaceX pula, tiga syarikat Malaysia akan terbabit dalam projek ini.

Hari ini juga telah didedahkan harga Model Y Tesla yang bakal dijual di Malaysia. Rata-rata melihat penggunaan kereta elektrik di Malaysia akan semakin rancak selepas harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Image 47
Image 46

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas