Connect with us

Oh! Media

Ringgit Jatuh Teruk! PMX Suruh Tanya Gabenor BNM, Jadi Ini Rupanya Yang Terjadi Sampai Jadi RM4.975

gabenor bnm

Oh! Negara

Ringgit Jatuh Teruk! PMX Suruh Tanya Gabenor BNM, Jadi Ini Rupanya Yang Terjadi Sampai Jadi RM4.975

Gabenor BNM dah jawab tu… Kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini berasa risau dan hairan tentang apa yang berlaku dengan nilai ringgit kita ketika ini. Mana tidaknya, penurunan RM4.795 ini semakin menghampiri paras terendah yang pernah negara kita capai iaitu RM4.88 pada Januari 1998. Apapun perlu diingat, paras terendah ini dicapai ketika Kemuncak Krisis Kewangan Asia berlaku.

ADVERTISEMENT

Jadi, apakah faktor yang menyebabkan nilai ringgit kita sekali lagi jatuh seteruk ini? Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun meminta kita untuk bertanyakan persoalan ini kepada Gebenor BNM.

Disebabkan itu, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour tampil menjelaskan bahawa apa yang berlaku kepada nilai ringgit adalah sama seperti yang dialami mata wang negara lain.

Banyak faktor menjadi punca nilai ringgit kita jatuh teruk…

Antara faktor lain yang dinyatakan Gabenor BNM adalah pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedar AS, kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan.

Pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh. Perkara ini dapat juga dilihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah perdagangan global yang meningkat daripada 0.4 pada tahun 2023 kepada 3.3 peratus pada tahun 2024.

Kejatuhan nilai ringgit tidak bermakna prospek ekonomi Malaysia tidak berkembang…

Sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Mencerminkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah di ekonomi maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat tahun ini.

Melihat dari penjelasan ini, BNM memberi jaminan di mana walaupun nilai ringgit menurun, prospek ekonomi Malaysia akan tetap berkembang positif dan menjanjikan. Kah!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas