Connect with us

Oh! Media

Selepas Piala Sudirman, Dari Mana Pula Nama Piala Uber Dan Thomas Berasal?

Oh! Lifestyle

Selepas Piala Sudirman, Dari Mana Pula Nama Piala Uber Dan Thomas Berasal?

Sebelum ini, kehangatan serta kemeriahan piala Sudirman telah pun menutup tirai secara rasmi pada 3 Oktober yang lalu yang mana negara China dinobatkan sebagai juara edisi kali ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Aksi Kelakar Bikin Terhibur, Jom Kenali Jaguh Badminton Negara Tan Boon Heong

Jepun pula telah merangkul pingat perak selepas tewas dengan China, manakala Malaysia berjaya menduduki tangga ketiga sekaligus merangkul pingat gangsa bersama Korea Selatan.

Namun, baru-baru ini, muncul sebuah isu berkaitan nama kejohanan itu yang dikatakan berkait dengan nama penyanyi lagenda tanah air, Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad.

Sebaliknya ia langsung tidak berkait dan asal usul nama kejohonan itu diambil sempena nama lagenda badminton Indonesia, Dick Sudirman.

Selepas piala Sudirman, akan muncul pula dua kejohanan yang akan disertai oleh skuad negara iaitu piala Thomas dan Uber yang bermula pada 9 Oktober yang lalu. Jadi, dari mana pula nama kejohanan ini diambil? Jom kita semak.

Apakah itu piala Thomas?

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah pertandingan badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki dan ia berlangsung setiap dua tahun sekali.

Pertandingan ini pertama kali diadakan pada tahun 1949 dan negara England menjadi tuan rumah buat edisi pertama. Malaysia merupakan negara pertama yang menjuarai piala tersebut.

Sama seperti piala Sudirman, ia dijalankan dengan lima perlawanan iaitu 3 berseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat. Pasukan yang mencapai 3 kemenangan akan mara ke pusingan berikutnya.

Namun sebelum ini, kejohanan ini telah dilakukan dengan format best of nine, iaitu terdiri daripada lima berseorangan dan empat beregu. Namun ia diganti dengan tiga berseorangan dan dua beregu pada tahun 1984.

Apakah itu piala Uber?

Jika piala Thomas adalah kejohanan bagi lelaki, Piala Uber pula merupakan kejohanan yang mengiktiraf pemain badminton wanita di seluruh negara.

Kejohanan ini pula dimulakan pada tahun 1957 dan England merupakan tuan rumah pada edisi pertama. Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang menjulang piala Uber.

Pertandingan ini juga dicipta disebabkan desakan dari ramai pihak yang menyarankan agar satu kejohanan antarabangsa bagi wanita ditubuhkan sama seperti Piala Thomas bagi atlet lelaki.

Mulai tahun 1984, kejohanan ini telah diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan masa yang sama sehingga sekarang.

Sama seperti Piala Thomas, gelaran Piala Uber pada awalnya dilakukan dengan sistem best of nine, sebelum berganti ke format tiga berseorangan dan dua beregu.

Dari mana nama piala tersebut diambil?

Selepas nama asal Piala Sudirman dijelaskan, masih menjadi persoalan dari manakah nama Piala Thomas dan Uber diambil?

Menurut Jombang Update, Nama Piala Thomas diambil dari presiden pertama Badminton World Federation (BWF), Sir George Alan Thomas yang merupakan pemula kepada kejohanan tersebut pada tahun 1939.

Beliau juga merupakan seorang pemain lagenda badminton yang berasal dari England dan pernah menjuarai All England sebanyak 21 kali.

Sir George Alan Thomas
Sir George Alan Thomas

Manakala untuk Piala Uber, nama kejohanan ini diambil dari seorang lagenda badminton yang berasal dari England iaitu Betty Uber dan pertama kali diusulkan pada tahun 1950.

Selama 22 tahun kerjayanya dalam dunia bulu tangkis, beliau telah berjaya memenangi sebanyak 25 gelaran termasuklah secara berseorangan serta beregu wanita dan campuran.

Betty Uber
Betty Uber

Diringkaskan, asal usul nama bagi kedua-dua kejohanan ini diambil dari pemula kepada kejohanan tersebut. Format pula diambil daripada jantina mereka.

Siapa juara terbanyak dan juara bertahan?

Bagi Piala Thomas, negara China merupakan juara bertahan selepas memenanginya sebelum ini pada 2018 dan pemegang gelaran terbanyak ialah Indonesia dengan 13 kejuaraan.

Malaysia pula telah berjaya membawa pulang piala tersebut sebanyak 5 kali dan naib johan sebanyak 9 kali. Kali terakhir negara kita memenanginya ialah pada tahun 2014.

Bagi Piala Uber, negara Jepun merupakan juara bertahan untuk kejohanan ini selepas memenanginya pada tahun 2018. Manakala China masih memegang status sebagai juara terbanyak iaitu 13 kali.

Setakat ini, skuad wanita negara dalam kejohanan Piala Uber masih tidak memenangi sebarang piala.

Walaubagaimanapun, masyarakat juga perlu berbangga kerana skuad badminton negara terdiri daripada pemain-pemain muda yang berpotensi menjadi pelapis skuad negara.

Semoga selepas pengalaman diraih melalui pelbagai kejohanan, diharap skuad muda badminton negara mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam kejohanan dunia.

Kredit: IDN Times I Jombang Update I BWF

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas