Connect with us
kahwin melayu

Oh! Lifestyle

10 Pantang Larang Bakal Pengantin Dulu-Dulu, Masih Ada Yang Amalkan?

Orang Melayu sememangnya kaya dengan adat resam untuk memastikan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Adat ini merangkumi pantang larang nenek moyang supaya terhindar daripada perkara buruk.

Walau bagaimanapun, adat ini semakin hari semakin dilupakan memandangkan kita sudah terikut dengan kehidupan moden.

IKLAN

Begitu juga dengan majlis perkahwinan, ada beberapa pantang larang yang sering ditekankan masyarakat dulu-dulu kepada bakal pengantin. Ada yang masih amalkan tak?

Sumber foto: Google

Jangan kerap keluar dengan pasangan

Pasangan dinasihatkan untuk tidak berjumpa atau keluar bersama sekurang-kurangnya 40 hari sebelum tarikh nikah. Hal ini untuk mengelakkan tohmahan daripada orang sekeliling.

Banyakkan duduk di rumah saja, elakkan bebas keluar ke mana sahaja

Bagi seorang bakal pengantin, istilah ‘darah manis’ sering digunakan untuk merujuk kepada perbuatan yang boleh mengundang risiko dan bahaya.

Mereka dilarang melakukan kerja berat atau keluar rumah, sebaiknya duduk di rumah sahaja menikmati hari-hari sebelum dinikahkan.

Elakkan makanan bersifat sejuk agar muka nampak segar

Orang dulu-dulu turut melarang bakal pengantin menjamah makanan bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar nampak segar di hari persandingan nanti.

Mengelakkan makanan bersifat sejuk dipercayai dapat membantu melancarkan pengaliran darah ke tubuh badan. Walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan mitos ini.

Elakkan tidur di rumah orang lain, takut terkena ilmu

Bakal pengantin dilarang keras tidur di rumah orang lain untuk mengelakkan terkena perbuatan dengki orang yang iri hati. Ia juga dipercayai untuk menjaga nama baik keluarga dan mengelakkan fitnah.

Jika telah sah menikah tetapi ia adalah nikah gantung, pasangan tidak dibenarkan untuk bersama

Nikah gantung atau nikah khitbah adalah nikah yang memenuhi semua syarat sah nikah. Namun, orang dulu-dulu melarang pasangan nikah gantung untuk tinggal bersama. Ada yang pernah dengar mengenai pantang larang ini?

Bagi perempuan, jangan terlalu dedahkan diri kepada keluarga pihak lelaki

Sebelum sah bernikah, pengantin perempuan dilarang terlalu mendedahkan diri kepada keluarga pihak lelaki. Iyalah, orang dulu-dulu sangat menjaga nama baik keluarga dan kehormatan wanita.

Seeloknya segala urusan diselesaikan di antara wakil keluarga sahaja.

Jangan mandi malam

Nenek moyang percaya mandi pada waktu malam boleh merosakkan organ-organ dalaman. Namun tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan penyakit.

Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak!

Elakkan memakan ulam atau makanan yang berbau busuk

Rasanya pantang larang ini dititikberatkan untuk menjaga kebersihan tubuh badan termasuklah bau mulut. Mana tidaknya, hari pertama bersama suami sangat penting untuk gadis-gadis. Seganlah kalau nafas berbau kan?

Jangan pandang cermin ketika disolek dan dihias oleh juru andam, takut hilang seri muka

Selain daripada larangan melihat cermin ketika bersolek, pengantin perempuan juga dilarang mencukur bulu kening kerana bimbang akan menghilangkan seri muka. Pengantin dipercayai akan lebih terserlah kecantikannya apabila pertama kali dikenakan alat solekan pada wajah.

Jangan buat kerja yang berat

Akhir sekali, pengantin dilarang melakukan kerja-kerja berat. Apabila tubuh badan pengantin letih, ini sedikit sebanyak akan mengganggu emosi mereka. Pengantin juga digalakkan memakan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

Ha, itu adalah antara 10 pantang larang orang Melayu untuk bakal pengantin pada zaman dulu-dulu. Tidak dapat dipastikan sama ada masih ada atau tidak keluarga yang menekankan adat ini. Apa-apa pun asalkan ianya tidak melanggar ajaran Islam, apa salahnya jika ianya diamalkan supaya tidak terus hilang ditelan zaman. Betul tak?

Kredit: Pesona Pengantin | suria.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas