Connect with us

Oh! Media

Aksi Kelakar Bikin Terhibur, Jom Kenali Jaguh Badminton Negara Tan Boon Heong

Trending

Aksi Kelakar Bikin Terhibur, Jom Kenali Jaguh Badminton Negara Tan Boon Heong

Siapa tidak kenal dengan bekas pemain badminton beregu Malaysia, Tan Boon Heong yang juga pemegang rekod dunia bagi smash terpantas dengan kelajuan 493km/j. Anak kelahiran Alor Setar Kedah ini dalam laporan BWF Badminton berkata dia mula menceburkan diri dalam bidang sukan sejak umur 7 tahun.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, bermain badminton adalah salah satu cara untuknya menjana pendapatan buat keluarga. Malah, permainan ini membuka peluang kepadanya untuk mengenali setiap pelosok dunia.

Boon Heong, Kien Keat beregu terbaik

tan boon heong

Mempunyai kekuatan tangan kiri yang berbisa, Tan Boon Heong mula mencipta nama ketika bergandingan dengan Hoon Thiew How. Kedua-duanya berhasil menjuarai regu Kejohanan Remaja Dunia pada tahun 2004 dan pingat perak acara beregu Kejohanan Badminton Asia.

Saat dipasangkan bersama Koo Kien Keat untuk Sukan Asia 2006, pasangan regu ini berjaya meraih pingat emas apabila mengalahkan beberapa lawan yang lain. Kejayaan yang dikecapi menjadikan mereka regu paling muda yang menjadi juara iaitu ketika masing-masing berumur 21 dan 19 tahun.

tan boon heong

Memetik laporan Harian Metro, gandingan dua nama ini disifatkan peminat sebagai beregu paling berjaya yang pernah dihasilkan Malaysia. Mana tidaknya, selain Sukan Asia Doha 2006, mereka meraih dua emas di temasya Komanwel 2010. Di Kejohanan Dunia Paris pula, mereka berjaya membawa pulang pingat Perak.

Tidak cukup dengan itu, mereka bergelar juara Seluruh England 2007 dan lapan kejuaraan dalam Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Aksi santai dan bersahaja buat peminat terhibur

Meskipun tidak lagi bergandingan membawa nama negara, Tan Boon Heong mempunyai ramai penyokong yang mahu beliau kembali beraksi. Beliau secara berseloroh menyatakan hasrat mahu ke Olimpik 2024 dan disambut baik orang ramai.

Namun begitu, ternyata itu hanyalah satu gurauan sahaja. Faktor umur membataskannya untuk bersaing dengan pemain muda yang lain.

@tbh77_oe

Support Malaysia team let’s go go

♬ original sound – TAN BOON HEONG

Sifat santai dan bersahaja Boon Heong ketika menjadi komentator dalam ulasan sukan badminton di Astro Arena baru-baru ini mendekatkan lagi dirinya dengan penyokong sukan. Tagline ‘jangan kancheong’ dan ‘sembahyang kuat’ menjadikan nama Boon Heong trending di laman Twitter.

Menerusi segmen Borak Kelangit yang dihoskan oleh Oh!Media baru-baru ini, Boon Heong ditanya mengenai persiapan yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang pemain badminton yang baik.

Beliau menjawab seseorang perlu fokus, kerja keras dan berdisiplin semasa latihan. Tambahnya, tiada guna jika seseorang mempunyai bakat yang hebat jika tiada disiplin di dalam diri.

Malah, dia sendiri bekerja keras dan sering berlatih smash sehingga digelar sebagai ‘Raja Smash’ dan tercatat dalam Guinness World Records.

Bagi anak-anak muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini, Boon Heong mencadangkan mereka mendaftar diri ke TBH Academy miliknya yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kredit: BWF Badminton | Harian Metro | Twitter tanboonheong3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas