Connect with us

Oh! Media

Ragu-Ragu Nak Solat Sebab Pakaian Terkena Muntah Bayi, Ini Penjelasan Dari Segi Sudut Islam

muntah

Oh! Islam

Ragu-Ragu Nak Solat Sebab Pakaian Terkena Muntah Bayi, Ini Penjelasan Dari Segi Sudut Islam

Selalunya para ibu akan ada masalah ragu-ragu untuk menunaikan solat apabila pakaiannya terkena jeluak atau muntah anak kecil.

ADVERTISEMENT

Kekeliruan ini timbul apabila muntah itu mungkin dianggap najis atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan para ibu, suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat solat merupakan salah satu daripada sembilan syarat sah solat.

Justeru, pakaian yang ingin dipakai untuk solat haruslah bersih daripada segala najis terlebih dahulu kerana ini merupakan salah satu syarat kesempurnaan ibadah.

Muntah

Berikut adalah penjelasan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi masalah kekeliuran samada muntah atau jeluak bayi adalah najis yang perlu yang boleh membatalkan solat atau tidak.

Secara umumnya, hukumnya dibezakan berdasarkan kepada dua keadaan. Keadaan pertama, muntah atau jeluak itu keluar dari perut dalam keadaan sudah berubah sifatnya daripada sifat makanan (asalnya); dari segi rasa, warna dan bau.

Ketika ini, ia dihukumkan sebagai najis. Ini adalah pendapat jumhur ulama dalam kalangan salaf dan khalaf, di antaranya imam empat mazhab, al-Zahiriyyah, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim dan ramai lagi.

Malah, dalam Fatawa al-Lajnah al-Da’imah turut dinyatakan muntah adalah najis, sama ada daripada budak kecil atau orang dewasa kerana ia adalah makanan yang telah berubah menjadi benda yang rosak (busuk) di dalam perut, menyerupai tahi dan darah.

Jadi, jika ia terkena pakaian atau benda lain, wajib untuk mencucinya dengan air dengan menggosok dan memerahnya sehingga hilang ‘ain najisnya dan sebahagian daripadanya, dan tempat tersebut menjadi suci.

Dalam pada itu, dari segi keadaan yang kedua pula muntah atau jeluak itu keluar dari dalam perut dalam bentuk makanan tanpa mengalami perubahan. Berkenaan hukumnya, para ulama berbeza pendapat mengenainya.

Pendapat pertama, jumhur ulama berpendapat, ia adalah najis. Manakala pendapat kedua iaitu ulama Malikiyyah berpendapat, ia dalam keadaan ini adalah suci, bukan najis.

Muntah

Sementara itu, terdapat sebahagian ulama berpendapat jika ia mengalami perubahan, misalnya susu yang keluar dari mulut selepas diminum telah berubah warna dan baunya, maka ia dianggap sebagai najis.

Namun, jika susu itu keluar dan belum lagi mengalami perubahan pada sifatnya, seolah-olah ia seperti baru sahaja dihisap, maka ia dianggap suci.

Menurut pandangan Ibn al-Qayyim, permasalahan ini termasuk dalam ‘umum al-balwa’ dan sesungguhnya syarak mengetahui bahawa bayi sering muntah, dan air liurnya akan terus mengalir kepada orang yang menjaga dan mendukungnya.

Tambahan, sekelompok fuqaha berpendapat, muntah bayi termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan disebabkan oleh kesukaran.

Konklusinya, jika para ibu diuji dengan anak kecil yang kerap muntah termasuk dalam perkara yang dimaafkan jika terkena pada badan dan bajunya.

Begitu juga sah mendirikan solat dengan memakai pakaian yang terkena jeluak tersebut pada kadar yang sedikit mengikut uruf.

Hal ini kerana ia termasuk dalam perkara ‘umum al-balwa dan najis yang dimaafkan kerana kesukaran untuk mengelakkan daripada terkenanya.

BACA: Buang ‘Bin’ Dan ‘Binti’ Dalam Nama Anak, Adakah Dibenarkan Menurut Syarak?

Sebelum ini kami ada kongsikan penjelasan mengenai isu seorang individu yang sanggup membuat prosedur membuang ‘binti’ dalam nama anak dan penjelasan dari segi Islam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kita kena peka sikit kalau duduk berjiran ni. Jiran pulak kadang-kadang cerewet jugak.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas