Connect with us

Oh! Media

“Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik” – Abby Dedah Aslam Bawa Grab Dan Berniaga

Abby Abadi

Oh! Artis

“Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik” – Abby Dedah Aslam Bawa Grab Dan Berniaga

Marissa dan Aslam kembali menjadi tumpuan apabila pelakon, Abby Abadi mendedahkan menantunya hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing.

BACA: Norman Hakim Menangis Sebak, Reaksi Marissa Dania Pula Jadi Perhatian

Katanya pekerjaan yang dimiliki oleh Aslam menjadi tunjang bagi menampung kehidupan bersama.

IKLAN

Menurut laporan mStar, Abby hanya mendoakan yang terbaik kerana percaya anak dan menantunya pandai mencari rezeki.

20240504 113031 0000

Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga.

Jadi doakan sahaja yang baik dan saya rasa mereka ada masa depan yang baik.

Tambahnya, sebagai seorang ibu, dia masih bingung dengan keputusan Marissa mahu hidup berpoligami.

Katanya dia bukan tidak menerima takdir namun dia masih tidak percaya anak perempuannya jadi isteri kedua.

Saya bukan orang yang boleh hidup berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi.

Saya pun tak tahu kenapa anak saya pilih untuk bergelar isteri kedua.

Abby juga berpendapat netizen tidak patut menyalahkan Marissa sahaja dalam hal ini.

Menurutnya, dia tidak pernah menyalahkan Memey apabila bekas suaminya, Norman Hakim berlaku curang.

Saya akui anak saya buat kesilapan besar tapi bukan salah dia seorang.

Yang penting Aslam masih cari rezeki yang halal. Apa-apa pun kita doakanlah yang terbaik buat Marissa, Asalam dan Umisya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas