Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Saf ‘Lompong’ Sebab Sayang Sejadah, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum

Ustaz Azhar Idrus

Oh! Islam

#RENUNGAN Saf ‘Lompong’ Sebab Sayang Sejadah, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum

Baru-baru ini, tular di media sosial foto menunjukkan saf wanita di masjid putus dan lompong. Netizen mendedahkan situasi ini biasa berlaku di mana-mana masjid kerana ramai wanita tidak tahu adab untuk mencapai kesempurnaan solat jemaah.

BACA: #RENUNGAN Jual Makanan Rosak Di Bazar Ramadan? Neraka Menanti Peniaga

Pejabat Mufti Wilayah menjelaskan solat berjemaah tidak boleh dilakukan sekadar niat sebagai makmum semata-mata. Solat berjemaah mempunyai kelebihan yang besar seperti yang banyak disebutkan oleh para ulama.

IKLAN

Saf wanita lompong

Rapat saf

Baginda Nabi SAW sendiri telah mengajarkan adab-adab yang boleh dilakukan ketika solat berjemaah seperti meluruskan dan merapatkan saf, mengutamakan saf hadapan dan sebagainya.

Namun, pada zaman kini ada keadaan di mana jemaah wanita tidak mahu berganjak meluruskan saf kerana ‘sayang’ sejadah. Sampai dijelingnya jemaah sebelah yang terpijak sejadah mahalnya tu.

Ramai yang sayang nak tinggal sejadah

Saf wanita

Menjawab kepada isu itu, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan lanjut. Katanya, jemaah wanita perlu merapatkan saf dan berganjak jika ada lompong di sebelah kiri.

@hariznajmi2 Isu Saf Orang Perempuan Dan Hukum Rapat Saf | Ustaz Azhar Idrus #saf #solat #solatterawih #ramadan ♬ original sound – Hareez

Biarlah kaki lebih kurang sejengkal (tumit kiri dan tumit kanan). Jangan duduk renggang, sembahyang jemaah kena rapat saf. Dengan rapat saf itulah kita lebih mudah khusyuk.

Menjawab kepada hukum tidak merapatkan saf pula, ustaz berkata jika sengaja perbuatan itu dikira sebagai makhruh.

Kredit: TikTok @hariznajmi2 | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas