Connect with us

Oh! Media

“Netizen Bercita-Cita Nak Jadi Ustaz..” – Isteri Caprice Pertahan Tindakan Suruh Pemuda Melutut Minta Maaf

caprice

Oh! Artis

“Netizen Bercita-Cita Nak Jadi Ustaz..” – Isteri Caprice Pertahan Tindakan Suruh Pemuda Melutut Minta Maaf

Sebelum ini, Caprice berkongsi video menunjukkan kehadiran seorang pemuda berusia 23 tahun yang datang ke rumahnya untuk memohon maaf kerana menghina anak lelakinya, Airiel Qashaf.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, tindakan isteri Caprice, Fara Inalis yang meminta pemuda itu melutut untuk memohon maaf di hadapannya telah dipersoal segelintir netizen.

Perbuatan menghina bayi yang tidak berdosa amat tidak patut!

Sedar tentang perkara itu, Fara tampil mempertahankan tindakannya yang merasakan tindakan pemuda itu lebih teruk daripada melutut.

Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dan ustazah sebab itu ramai yang berceramah.

Yang korang bising sangat fasal itu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa pernah dia cakap dekat anak aku.

Fara Inalis persoal jika perkara sama berlaku pada anak kita, masih boleh bersabar?

Dalam pada itu, Fara turut tidak akan memberi muka kepada sesiapa yang menghina anaknya yang baru lahir.

Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap ‘batu’, muka macam ba*i.

Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku? Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu?

Apapun, kes antara Caprice sekeluarga dan pemuda itu sudah selesai. Perbuatan menghina fizikal, lagi-lagi seorang bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa amatlah tidak patut. Jadikan sahaja apa yang berlaku ini sebagai pengajaran.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas