Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Rasa Tak Patut Salahkan Wanita Sahaja Dalam Isu Poligami

abby abadi

Oh! Artis

Abby Abadi Rasa Tak Patut Salahkan Wanita Sahaja Dalam Isu Poligami

Abby Abadi merasakan kaum wanita tidak sepatutnya dipersalah sepenuhnya dalam isu poligami. Abby berkata seperti itu selepas anaknya sendiri iaitu Marissa Dania Hakim turut memilih untuk hidup berpoligami.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik” – Abby Dedah Aslam Bawa Grab Dan Berniaga

Kata Abby, keputusan anaknya itu adalah satu kesilapan yang bersar tetapi anaknya tidak salah sepenuhnya.

Masing-masing ada buat salah…

Saya tak rasa hanya dia seorang yang patut dipersalahkan. Kenapa orang hanya menuding jari kepada Marissa seolah-olah Aslam tidak salah langsung.

Saya rasa macam pelik sangat. Mereka gelar anak saya penyondol, habis yang lelaki tidak salah ke?

Disebabkan itu, Abby merasakan masing-masing ada buat salah dan merasakan ada sesuatu berlaku dalam rumah tangga Aslam bersama isteri pertama.

Pada saya masing-masing ada salah sendiri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertamanya, Umisya.

Abby Abadi hanya mampu doakan yang terbaik…

Apapun, Abby hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anaknya dan suaminya.

Saya tengok masing-masing pun dah bahagia. Umisya dah boleh terima. Aslam lagilah saya tengok macam seronok sangat. Jadi apa salahnya kita doakan yang baik-baik untuk mereka.

Apa yang saya nampak, mereka cuba untuk mencari jalan damai dalam masa yang singkat. Kerana masing-masing belajar agama. Mereka mahu mengelakkan maksiat dan mencari jalan halal. Aslam juga merupakan seorang anak Ustaz.

Baguslah macam tu, kita pun sebagai orang luar doakan sahaja yang baik-baik buat keluarga mereka. Jadikan sahaja perkongsian artikel ini sebagai pengajaran dan contoh untuk kehidupan kita.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas