Connect with us

Oh! Media

Buang ‘Bin’ Dan ‘Binti’ Dalam Nama Anak, Adakah Dibenarkan Menurut Syarak?

Oh! Islam

Buang ‘Bin’ Dan ‘Binti’ Dalam Nama Anak, Adakah Dibenarkan Menurut Syarak?

Sebelum ini, tular mengenai isu seorang individu yang sanggup membuat prosedur membuang ‘binti’ dalam nama anak. Tetapi, adakah hal ini dibenarkan mengikut syarak?

ADVERTISEMENT

BACA: Anak Ada Rekod Psikiatrik ‘Kapak’ Mak Hingga Maut Sebab Tegur Buat Bising

Hari ini, Oh! Media akan kongsikan penjelasan mengenai isu tersebut menurt Bayan Linnas Siri ke-267 oleh Pejabat Mufti Wilayah. Jom, kita check!

Buang ‘Bin’ dan ‘Binti’ dalam nama anak

anak

Jika dilihat kembali, Jabatan Pendaftaran Negara tidak meletakkan syarat pemohon perlu meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak. Walau bagaimanapun, negara kita telah mengambil faktor mengikut ‘Uruf (Adat Setempat).

Sejak dahulu lagi setiap nama individu Muslim di Malaysia diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ mengikut tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabt RA, Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Oleh hal yang demikian, tidak benar dakwaan sebahagian masyarakat bangsa Arab tidak menggunakan pemakaian ‘bin’ dan ‘binti’ ini. Apatah lagi dengan sifat bangsa Arab yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.

Tambahan, penggunaan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga memberi peluang untuk tidak menjejaskan nasab seseorang. Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya.

anak

Ha, sebenarnya ada banyak kepentingan dalam penggunaan ‘bin’ dan ‘binti’ ini. Meskipun ianya bukan syarat dalam mendaftarkan nama, namun ia merupakan perkara penting bagi mengelakkan kekeliruan susur galur keturunan.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas