Connect with us

Oh! Media

Pejabat Mufti Tegur Netizen Hina Atlet Paralimpik Ukraine

Cover Photo Om 1200 X 675 85

Trending

Pejabat Mufti Tegur Netizen Hina Atlet Paralimpik Ukraine

Kemenangan pingat emas atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam Paralimpik Tokyo terpaksa dibatalkan selepas Ziyad menerima protes daripada kem Ukraine. Ziyad didapati telah lambat tiba di ‘Call Room’ menyebabkan dia mendapat status DNS (Did Not Start).

BACA: Kenyataan Rasmi World Para Athletics Isu Penarikan Emas Ziyad Zolkefli

Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan rekod dunia 17.34m. Hal ini telah membangkitkan rasa marah netizen sehingga ada yang menyerang akaun Instagram peribadi atlet tersebut.

IKLAN

Serangan ‘siber’ itu telah menyebabkan akaun pertama Maksym Koval hilang dari radar.

BACA: Akaun Instagram Digodam, Atlet Ukraine Mohon Maaf

Terbaru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegur sikap segelintir netizen yang tidak menjaga tingkah laku dengan baik. Dalam hantaran di Twitter, Pejabat Mufti berkata, seorang Muslim tidak sepatutnya menyakiti orang kelainan upaya (OKU).

Hal ini berikutan, serangan siber daripada netizen Malaysia yang menggunakan perkataan kurang sopan termasuk menghina kekurangan atlet paralimpik tersebut.

Jelas Pejabat Mufti lagi, orang Muslim sepatutnya menjadikan sabda Rasulullah SAW sebagai pedoman di mana kita hendaklah membantu orang OKU dari segi emosi dan fizikal agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Para
Para2

Pejabat Mufti turut menasihati netizen yang menyakiti orang kurang upaya supaya menjaga akhlak dan tingkah laku daripada perkara keji.

Para3

Menurutnya, netizen tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata kesat walaupun berasa kecewa dan marah. Netizen turut diingatkan bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT.

Kredit: Twitter YeopAmirul1648 , Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas