Oh! Tidak
Pemandu Bas Dan Kekasih Atas Riba Dipenjara
Pemandu bas dan kekasih dipenjara selepas mengaku salah memandu berbahaya di Melaka.
Seorang pemandu bas dan kekasihnya akhirnya menerima hukuman selepas aksi berbahaya mereka minggu lalu tular dan mencetuskan kemarahan ramai.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret dan terus dijatuhkan hukuman penjara serta denda. Memang nampak jelas, tindakan ini bukan benda kecil dan undang-undang pun ambil serius.
Pemandu bas dan kekasih sedap duduk atas riba dipenjara

Tertuduh, Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mazanan Sinin. Arif Fahmi dijatuhi hukuman penjara setahun manakala Nur Adila dipenjara enam bulan.
Kedua-dua mereka juga dikenakan denda RM5,000 setiap seorang. Kes ini berpunca daripada tindakan memandu bas secara berbahaya yang boleh membahayakan orang awam.
Kesalahan berlaku di R&R Bemban Melaka

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu bas nombor pendaftaran APE 9588 dengan cara berbahaya. Kejadian itu berlaku sekitar jam 7.30 malam di susur keluar R&R Bemban, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Jasin, Melaka.
Kes ini didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, hukuman boleh mencecah penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM15,000 dan hilang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun.
Kekasih turut berdepan kesalahan lain

Dalam masa sama, Nur Adila Najwa turut berdepan satu lagi pertuduhan. Dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang wanita berusia 44 tahun sehingga mengganggu ketenteraman mangsa.
Kesalahan itu berlaku pada hari sama kira-kira jam 6 petang di dalam bas berkenaan. Jika sabit kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan korang, jangan sesekali ambil ringan soal keselamatan atas jalan raya. Sekali buat silap, bukan saja bahaya nyawa orang lain, tapi hidup sendiri pun boleh berubah sekelip mata.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM