Trending
“Saya Memang Kenal Dia” – Azar Azmi Serah Kepada Pengurusan Isu Hutang Dengan Abiejam
Azar Azmi serah isu hutang kepada pengurusan, namun nekad mahu langsaikan semua sebelum tutup mata.
Pelakon, Azar Azmi tampil bersuara mengenai isu tuntutan hutang melibatkan dirinya dengan personaliti media sosial, Abiejam.
Menurut laporan mStar, Azar berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan bagi memastikan isu ini diselesaikan secara profesional.
Untuk isu itu, saya tidak mahu cerita apa-apa tentang itu. Biarlah pihak team saya untuk uruskan isu itu sebab saya rasa benda ini boleh membawa kepada ke arah positif dan negatif.
“Saya memang kenal dia” – Azar Azmi

Ketika ditanya sama ada dia mengenali individu yang membuat pendedahan tersebut, Azar mengakui perkara itu secara ringkas.
Saya memang kenal dia.
Nekad selesaikan semua hutang walau ambil masa

Apa yang menarik perhatian, Azar menegaskan bahawa dia tidak lari daripada tanggungjawab dan berhasrat untuk melunaskan segala hutang yang dikaitkan dengan namanya.
Kalau ada apa-apa hutang, memang saya nak langsaikan waima apa sekalipun.
Saya nak selesaikan sebelum saya tutup mata. Saya tidak mahu tinggalkan apa-apa lagi hutang walau satu sen.
Tambahnya lagi, walaupun ia mungkin mengambil masa, dia tetap mahu memastikan tiada pihak yang berkecil hati atau tidak berpuas hati.
Pssttt! Hutang bukan sekadar angka, tapi amanah. Selesaikan sebaik mungkin supaya hati tenang dan hubungan sesama manusia terjaga.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM