Connect with us

Oh! Media

Kenyataan Rasmi World Para Athletics Isu Penarikan Emas Ziyad Zolkefli

Cover Photo Om 1200 X 675 82

Trending

Kenyataan Rasmi World Para Athletics Isu Penarikan Emas Ziyad Zolkefli

Pingat emas yang diraih atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, dalam Paralimpik Tokyo terpaksa dibatalkan selepas pasukan menerima protes daripada kem Ukraine. Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan 17.34m.

Memetik kenyataan rasmi daripada World Para Athletics, rayuan tiga atlet dari Australia, Ecuador dan Malaysia ditolak selepas merujuk kepada peraturan World Para Athletics Rule 5.5. Berdasarkan peraturan itu, atlet yang ‘Gagal Lapor Diri Ke Call Room’ dalam masa yang ditetapkan mengikut jadual Call Room akan dikira sebagai DNS (Did Not Start).

Dalam peraturan itu, atlet boleh bersaing di bawah protes sementara pengadil melakukan penilaian berdasarkan bukti dan sebab mengapa atlet lewat ke Call Room. Selepas pengadil mempertimbangkan kesemua bukti, mereka memutuskan tiada sebab munasabah menyebabkan kegagalan atlet lapor diri ke Call Room mengikut masa yang ditetapkan.

IKLAN

Dalam kenyataan itu, World Para Athletics memaklumkan rayuan telah dibuat pasukan terlibat di mana mereka berpeluang mengemukakan bukti sebelum pengadil membuat keputusan. Berdasarkan penilaian, pengadil mengesahkan atlet mendapat status DNS.

Img 20210901 wa0002 521x600

Di Instagram, Ziyad Zolkefli memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas pembatalan pingat tersebut. Ziyad turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan orang ramai kepadanya.

Meninjau ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan kata-kata positif dan semangat buat atlet negara ini. Mereka berbangga dengan pencapaian rekod dunia yang telah dibuat Ziyad. Malah, mereka menegaskan Ziyad tidak perlu memohon maaf sebaliknya bangkit pada kejohanan yang akan datang.

Terdahulu, Ziyad secara tidak rasmi telah memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.

Di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017, Ziyad turut memperbaharui rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.29m.

Kredit: Twitter ParaAthletics , Instagram Ziyad Zolkefli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas