Oh! Artis
Remy Ishak Komen Emoji ‘Mata Love’ Di Gambar Wanita Seksi, Reaksi Isteri Undang Perhatian
Isteri Remy Ishak jelaskan isu suami komen di gambar seksi artis Indonesia.
Perkongsian pelakon dan model dari Indonesia, Aghniny Haque di Thread baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
BACA: Isteri Remy Ishak Perjelas Gambar Suami Dengan Wanita Lain
Aghniya Haque dilihat berkongsi beberapa foto selfie dengan kapsyen ringkas, “Iya lagi belajar selfie”.
Komen emoji ‘mata love’ dari Remy Ishak
Namun, apa yang mencuri perhatian ialah komen daripada Remy Ishak yang meninggalkan emoji ‘mata love’ di ruangan komen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Tindakan spontan itu terus menjadi topik perbualan, lebih-lebih lagi kerana status Remy sebagai suami orang.

Tidak lama kemudian, seorang pengguna media sosial dilihat meninggalkan komen yang seolah-olah ‘memanggil’ isteri Remy, Ezza Yusof, untuk melihat sendiri situasi tersebut.
Namun begitu, reaksi daripada Ezza nyata mengejutkan ramai apabila beliau dilihat membalas dengan nada santai tanpa sebarang tanda cemburu.
Jawapan tersebut terus meredakan keadaan dan pada masa sama membuatkan ramai netizen kagum dengan sikap terbuka serta profesional yang ditunjukkan.
Difahamkan, Aghni merupakan heroin bagi filem “Khadam” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Pssttt! Kadang-kadang apa yang nampak ‘panas’ di media sosial sebenarnya tak seperti yang disangka. Dalam kes ini, sikap matang dan tenang isteri Remy jelas menunjukkan kepercayaan dalam hubungan itu lebih penting daripada persepsi orang luar. Netizen pun kena belajar untuk tidak cepat membuat spekulasi tanpa tahu cerita sebenar.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM