Connect with us

Oh! Media

Rundingan Timur Tengah Gagal, Iran Dakwa AS Letak Tuntutan Tak Munasabah

Ohmedia iran as

Oh! Negara

Rundingan Timur Tengah Gagal, Iran Dakwa AS Letak Tuntutan Tak Munasabah

Rundingan Timur Tengah gagal apabila Iran dakwa AS letak tuntutan tak munasabah dalam rundingan di Islamabad.

Rundingan untuk menamatkan konflik di Timur Tengah nampaknya menemui jalan buntu apabila ia dilaporkan gagal mencapai sebarang persetujuan. Perkara ini dikaitkan dengan tindakan Amerika Syarikat yang didakwa meletakkan syarat yang sukar diterima.

Menurut laporan penyiar kerajaan Iran, rundingan yang berlangsung di Islamabad, Pakistan itu telah dijalankan secara intensif, namun tetap tidak berjaya mencapai hasil yang diharapkan oleh kedua-dua pihak.

Rundingan Iran-AS berlangsung hampir sehari

Delegasi Iran dikatakan telah berunding secara berterusan selama 21 jam demi memastikan kepentingan negara dan rakyat mereka terjaga.

IKLAN

Walaupun pelbagai usaha dan cadangan telah dibentangkan oleh pihak Iran, situasi tetap tidak berubah. Rundingan yang panjang itu akhirnya berakhir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan.

Delegasi Iran berunding secara berterusan dan intensif selama 21 jam untuk melindungi kepentingan negara rakyat Iran; meskipun terdapat pelbagai inisiatif daripada delegasi Iran, tuntutan yang tidak munasabah daripada pihak Amerika menghalang kemajuan rundingan. Oleh itu, rundingan berakhir.- Katanya.

Iran salahkan Amerika Syarikat

Dalam kenyataan sama, Iran secara jelas menyalahkan Amerika Syarikat sebagai punca utama kegagalan rundingan ini. Mereka mendakwa tuntutan yang dikemukakan oleh pihak AS adalah tidak munasabah dan menyukarkan proses mencapai kata sepakat.

Ohmedia faham, bila dua pihak tak boleh bertolak ansur, memang susah nak capai persetujuan. Lagi-lagi bila melibatkan isu besar seperti konflik di Timur Tengah yang dah berlarutan lama.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut sama ada rundingan baru akan diadakan atau tidak. Apa yang pasti, kegagalan ini menunjukkan masih banyak perkara perlu diselesaikan sebelum keamanan dapat dicapai.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni, kalau masing-masing terlalu keras dengan pendirian sendiri, memang susah nak cari jalan tengah. Cuba belajar bertolak ansur dan dengar pandangan orang lain, baru boleh capai penyelesaian yang lebih baik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas