Oh! Islam
Mufti Pahang Sahkan Surat Penetapan Solat Aidilfitri 20 Mac Palsu
Surat solat Aidilfitri 20 Mac tular, Mufti Pahang sahkan ia palsu dan minta orang ramai rujuk sumber rasmi.
Korang mungkin ada nampak satu surat tular di media sosial yang kononnya menetapkan waktu Solat Sunat Aidilfitri bagi Negeri Pahang pada 20 Mac 2026. Nampak macam rasmi siap ada logo dan tandatangan, memang boleh buat ramai percaya.
Tapi sebenarnya, Jabatan Mufti Negeri Pahang tampil menafikan perkara itu dan mengesahkan dokumen tersebut adalah palsu. Jadi, jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang belum disahkan.

Surat tular disahkan palsu
Menurut kenyataan rasmi, Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius penyebaran dokumen berkenaan yang didakwa sebagai surat rasmi penetapan waktu solat hari raya.
Malah, pihak mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang surat berkaitan penetapan Solat Sunat Aidilfitri pada tarikh tersebut. Ini bermakna dokumen yang sedang berlegar itu bukan daripada sumber sah.
menafikan mengeluarkan surat Penetapan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri pada 20 Mac 2026, dokumen tersebut adalah PALSU.- Katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Dalam zaman sekarang, apa sahaja boleh jadi viral walaupun belum tentu betul.
Jabatan Mufti Negeri Pahang juga mengingatkan supaya semua pihak sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada pihak berautoriti bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Pssttt! Bab info agama ni lagi-lagi berkaitan hari raya, korang jangan ambil mudah. Pastikan semak dulu sumber sebelum share supaya tak jadi punca penyebaran berita palsu. Lebih baik tunggu pengumuman rasmi, baru hati pun tenang.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM