Oh! Artis
Intan Ladyana Jawab Isu Suami Curang Dalam Online Game
Intan Ladyana tegur isu curang Harris Aliff, ingatkan soal batas walaupun dalam game online.
Suami kepada pelakon, Intan Ladyana iaitu Harris Aliff didakwa curang ketika bermain permainan video atas talian. Ini berikutan tersebar rakaman perbualan yang dianggap romantis antara Harris dan seorang wanita lain ketika main permainan itu.
Dalam situasi ini, Intan tampil bersuara dan menegaskan dia tidak akan menyokong perbuatan yang dianggap salah. Bagi Intan, soal betul atau salah tetap jelas dan setiap individu perlu tahu batas masing-masing.
Sebagai isteri, Intan Ladyana tidak mahu jadi ‘enabler’

Intan juga menjelaskan pendiriannya sebagai isteri. Dia menegaskan bahawa dirinya tidak akan membiarkan perkara yang salah berlaku tanpa teguran.
Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan ‘enabler’. Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri.- Katanya.
Menurut Intan, dia juga tidak tahu langsung mengenai permainan video yang dimainkan suaminya ataupun wanita tersebut sebelum isu ini tular. Dia hanya menyedarinya selepas ia menjadi perbualan hangat di media sosial.
Tidak salahkan mana-mana pihak

Dalam masa sama, Intan mengambil pendekatan lebih terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak secara terus. Baginya, setiap individu perlu menilai sendiri tindakan mereka.
Tapi mereka sendiri perlu tahu. Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri.- Katanya.
Isu ini juga dikatakan sudah dibincangkan dan Intan yakin perkara sama tidak akan berulang lagi dalam rumah tangga mereka. Walaupun tidak meletakkan sebarang syarat kepada Harris, Intan tetap menekankan kepentingan menjaga batas, termasuk dalam dunia maya atau permainan video.
Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu.- Katanya.
Pssttt! Dalam apa jua situasi, sama ada dunia realiti atau online, batas tetap kena jaga. Korang mungkin rasa benda kecil, tapi impak dia boleh jadi besar dalam hubungan. Jadi sebelum buat apa-apa, fikir dulu… betul ke atau sekadar ikut perasaan?
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM