Oh! Artis
Kasih Leona Minta Peminat Henti Kejar Di Jalan Raya
Kasih Leona tegur individu kejar kereta di jalan raya, undang risiko keselamatan dan kemalangan.
Pantang nampak selebriti atas jalan raya, mesti akan ada orang yang sanggup kejar dan rakam demi konten. Itulah apa yang dilalui Kasih Iris Leona anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman.
Menurut Leona, ada segelintir peminat yang sanggup kejar keretanya semata-mata untuk melambai. Apa yang dilakukan mereka ini bukan sahaja bahaya kepada diri tapi turut libatkan pengguna jalan raya lain.
Kasih Leona tegur sikap peminat tidak bertanggungjawab
Leona meluahkan rasa tidak selesa dengan tindakan tersebut menerusi Threads. Katanya, perkara ini sudah berlaku beberapa kali dan benar-benar menakutkan dirinya ketika memandu.
Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Terdapat beberapa insiden yang benar-benar membuatkan saya berasa sangat terganggu dan takut.- Katanya.

Tambah Leona lagi, dia tidak kisah jika ada yang ingin mengambil gambar sekiranya terserempak di tempat awam. Namun, tindakan mengejar kereta dan cuba berinteraksi ketika sedang memandu adalah tidak wajar.
Tidak mengapa jika anda kebetulan nampak saya di jalan dan ingin mengambil gambar dari jauh, tetapi tidak wajar untuk cuba memandu di sebelah saya, menurunkan tingkap dan melambai, kemudian mengharapkan saya melakukan perkara yang sama. Saya tidak akan berbuat demikian!- Katanya.
Netizen kaitkan dengan pendedahan plat kereta

Dalam masa sama, ada netizen yang berpendapat situasi ini mungkin berpunca daripada keterbukaan Leona sendiri sebelum ini. Difahamkan, dia pernah berkongsi jenis kereta dan nombor pendaftaran di media sosial.
Perkongsian itu secara tak langsung menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Leona menunjukkan kereta baharu miliknya iaitu Proton eMAS 7 berwarna pink lembut.
Pssttt! Ohmedia nak ingatkan, minat pada seseorang tu tak salah, tapi keselamatan tetap nombor satu. Jangan sampai tindakan kita membahayakan diri sendiri dan orang lain, lebih-lebih lagi di jalan raya. Hormat privasi, semua orang akan lebih selesa.
Kredit: Threads Kasih Iris Leona
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM