Oh! Artis
“Tudung Singkat, Purdah Tutup Muka Je” – Penampilan Terkini Neelofa Undang Kecaman Netizen
Penampilan Neelofa raih kecaman netizen, ramai persoal gaya tudung dan purdah yang digayakan.
Perkongsian terbaru selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik momen sambutan Hari Raya.
Namun kali ini, bukan busana atau suasana yang menjadi fokus utama, sebaliknya penampilan tudung yang digayakan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Kongsi momen raya, netizen tegur tudung makin singkat
Menerusi hantaran tersebut, Neelofa dilihat tampil dalam busana rona lembut dengan kapsyen, “A little more of Eid, before we let it go..”.
View on Threads
Walaupun tampil anggun, netizen mula mempersoalkan cara pemakaian tudung dan purdah yang disifatkan berbeza daripada kebiasaannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap penampilan tersebut.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa dan mengaitkan imej Neelofa sebagai individu berpengaruh.
Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang meminta orang ramai supaya tidak terlalu menghukum dan menjadikan situasi ini sebagai bahan kecaman berlebihan.


Pssttt! Bila melibatkan isu penampilan dan agama, ia memang sangat sensitif. Teguran itu penting, tapi cara penyampaian juga perlu dijaga. Dalam masa sama, kita semua masih dalam proses memperbaiki diri, jadi elakkan daripada terus menghukum.
Kredit: Thread Neelofa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM