Trending
Jarang ‘Post’ Gambar Bersama, Fikry Ibrahim Tampil Bersuara Mengenai Status Rumah Tangga
Fikry Ibrahim tampil jawab dakwaan rumah tangga retak kerana jarang kongsi gambar. Ini penjelasan sebenar dari tuan badan!
Pelakon, Fikry Ibrahim akhirnya tampil menjawab dakwaan kononnya rumah tangganya bersama isteri, Siti Khalizah Alihan, sedang bergolak.
Menurut laporan mStar, Fikry berkata semua itu hanyalah spekulasi semata-mata yang timbul gara-gara mereka jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.
Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama.
Jarang kongsi bukan bermakna bergaduh

Fikry turut memberi contoh bahawa dia juga jarang memuat naik gambar bersama ahli keluarga lain, termasuk ibunya.
Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah kerana itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga.
Tambahnya lagi, dia dan isteri sepakat untuk menjaga privasi rumah tangga dan tidak terlalu terbuka di media sosial.
Menurut Fikry, sejak sebelum berkahwin lagi, dia memang tidak gemar berkongsi hal peribadi secara terbuka.
Selepas kahwin saya masih mengekalkan prinsip sama. Saya tidak suka berkongsi kisah privasi.
Fikry Ibrahim sambut raya berasingan dan tiada isu dengan isteri

Menjawab persoalan mengenai Aidilfitri, Fikry menjelaskan mereka beraya secara berasingan atas komitmen keluarga, bukan kerana masalah rumah tangga.
Isteri beraya di Sarawak… saya kena jaga ibu. Pakcik saya pun tak sihat.
Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini.
Pssttt! Tak semua yang tak ditunjuk di media sosial itu bermasalah. Hormati privasi orang lain dan elakkan membuat andaian tanpa fakta.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM