Connect with us

Oh! Media

Ketua Menteri Sabah Jawab Dakwaan Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia

Ohmedia pulau sebatik malaysia indonesia

Oh! Negara

Ketua Menteri Sabah Jawab Dakwaan Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia

Pulau Sebatik jadi isu, Hajiji Noor nafi Malaysia serah tanah dan jelaskan negara sebenarnya dapat kelebihan.

Pulau Sebatik tiba-tiba jadi panas bila ada laporan dari media Indonesia mendakwa Malaysia sudah menyerahkan kawasan seluas 127.3 hektar kepada negara jiran kita. Perkara ini terus jadi perhatian ramai, terutamanya rakyat Sabah yang mahu kepastian.

Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tampil menafikan dakwaan tersebut. Katanya, laporan itu tidak tepat dan tidak menggambarkan situasi sebenar rundingan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Ketua Menteri Sabah dakwa Malaysia sebenarnya untung

Kredit foto Facebook Hajiji Haji Noor

Menurut Hajiji, dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan kawasan di Pulau Sebatik adalah tidak benar sama sekali. Malah, beliau menegaskan Malaysia sebenarnya memperoleh kelebihan daripada rundingan tersebut.

IKLAN

Dakwaan itu tidak benar. Siapa yang mengatakan kita menyerahkan kawasan tersebut? Jika laporan itu datang daripada media Indonesia, ia adalah tidak tepat.- Katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun Malaysia mendapat manfaat, butiran lanjut tidak boleh didedahkan kerana melibatkan perkara sensitif antara dua negara. Perbincangan mengenai sempadan ini bukan perkara kecil, malah melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua negara termasuk Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.

Ini adalah perkara diplomatik antara dua negara, jadi tidak semua perkara boleh diperincikan secara terbuka.- Tegasnya.

Laporan media Indonesia cetus kekeliruan

Kredit foto Facebook Hajiji Haji Noor

Apa yang penting, hasil rundingan itu memberi kelebihan kepada Malaysia walaupun tidak semua maklumat boleh dikongsi kepada umum.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan bahawa kawasan tersebut kini milik Indonesia selepas pemuktamadan sempadan darat. Kenyataan itu dipetik daripada Ketua Pejabat Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari.

Namun dalam laporan sama, turut dinyatakan berlaku perubahan kecil di pihak Indonesia yang melibatkan kira-kira 4.9 hektar kawasan dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia, menunjukkan rundingan ini sebenarnya melibatkan pertukaran dan penyesuaian sempadan.

Pssttt! Kalau isu melibatkan sempadan negara, jangan cepat percaya satu pihak sahaja. Korang kena tunggu penjelasan rasmi sebab benda macam ni sensitif dan melibatkan kepentingan negara kita sendiri.

Kredit: Ketua Menteri Sabah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas