Connect with us

Oh! Media

Yusuf Bahrin Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Orang Ketiga

Ohmedia yusuf Bahrin

Trending

Yusuf Bahrin Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Orang Ketiga

Yusuf Bahrin tampil bersuara isu orang ketiga selepas cerai dengan Zizi Kirana. Tegaskan tak layan fitnah dan mahu fokus kerjaya.

Pelakon popular, Yusuf Bahrin memilih untuk tidak melayan dakwaan kononnya wujud pihak ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri, Zizi Kirana.

Menurut laporan mStar, Yusuf berkata dia lebih selesa berdiam diri kerana merasakan apa sahaja penjelasan mungkin tidak akan mengubah persepsi orang ramai.

Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya.

“Fitnah itu dosa” – Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin
Kredit Foto Utusan Malaysia

Dalam masa sama, Yusuf turut mengingatkan tentang bahaya budaya menuduh tanpa usul periksa yang semakin berleluasa di media sosial.

IKLAN

Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh, buat fitnah, itu dosa!

Malah, dia turut menitipkan pesanan agar semua pihak sentiasa menjaga diri daripada membuka aib orang lain.

Kalau Allah nak buka aib kita, seorang pun takkan kawan dengan kita. Tapi Allah Maha Baik, Allah tutup aib kita.

Fokus kerjaya, enggan panjangkan isu

Yusuf Bahrin 2
Kredit Foto Berita Harian

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Yusuf enggan mengulas lanjut dan memilih untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya.

Saya nak fokus apa yang saya tengah buat sekarang.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.

Pssttt! Jangan mudah percaya khabar angin. Selidik dulu sebelum menuduh, kerana setiap kata yang dilempar boleh jadi beban dosa.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas