Connect with us

Oh! Media

Lelaki 18 Tahun Didaftarkan Secara Automatik Jadi Askar Kerahan Di Amerika Syarikat

Ohmedia donald trump askar

Oh! Tidak

Lelaki 18 Tahun Didaftarkan Secara Automatik Jadi Askar Kerahan Di Amerika Syarikat

Kerahan tentera AS kini automatik, lelaki 18 hingga 26 tahun wajib daftar bermula Disember di bawah NDAA.

Korang bayangkan umur baru nak mula hidup, tiba-tiba nama terus masuk sistem tentera. Itulah yang bakal berlaku di Amerika Syarikat bila lelaki berusia 18 hingga 26 tahun akan didaftarkan secara automatik bermula Disember.

Ohmedia tengok, langkah ini memang bukan biasa-biasa sebab ia dah sah jadi undang-undang selepas diluluskan Kongres dan ditandatangani Donald Trump.

Pemegang visa bukan imigran Amerika Syarikat dikecualikan

Pendaftaran ini melibatkan warganegara AS, pemegang kad hijau, pelarian, pencari suaka dan lelaki tanpa dokumen. Namun, pemegang visa bukan imigran dikecualikan daripada sistem kerahan tentera ini.

IKLAN

Walaupun ramai kaitkan dengan konflik Iran, sebenarnya langkah ini telah diluluskan lebih awal dengan sokongan dua parti politik. Cuma bila isu perang kembali hangat, dasar ini terus jadi perhatian ramai.

Risiko dan bagaimana pemilihan dibuat

Kredit foto Janaan AI

Kerahan tentera kali terakhir dilaksanakan pada 1973 semasa Perang Vietnam. Bezanya sekarang, sistem lebih automatik dan menyeluruh.

Kalau gagal daftar, individu boleh hilang faedah seperti pinjaman pelajar, peluang kerja kerajaan dan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda tinggi.

Langkah itu menjimatkan wang pembayar cukai dan memastikan lelaki muda tidak dihukum tanpa sedar.- Katanya.

Walaupun wajib daftar, bukan semua akan dipanggil. Pemilihan dibuat melalui cabutan undi berdasarkan tarikh lahir dan mereka yang terpilih masih boleh memohon pengecualian atau penangguhan sebelum dinilai.

Pssttt! Benda macam ni mungkin nampak jauh dari kita, tapi ia tunjuk betapa seriusnya sesebuah negara jaga kesiapsiagaan. Apa pun, korang kena sentiasa peka dengan undang-undang supaya tak terlepas info penting.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas