Trending
“Saya Dapat 8A 2B Dalam SPM, Duduk Dengan Tok” – Gadis Riba Dalam Bas Merayu Nak Sambung Belajar
Gadis riba dalam bas dedah kisah sebenar, pernah dapat 8A 2B SPM dan kini merayu mahu sambung belajar.
Kes tular melibatkan seorang wanita yang memandu bas sambil diriba kekasih membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selepas membuat pengakuan bersalah.
BACA: Pemandu Bas Dan Kekasih Atas Riba Dipenjara
Tertuduh, Nur Adila Najwa Ilham Ameerullah, 21, bersama kekasihnya Arif Fahmi Abd. Salam, 36, didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Nur Adila dan kekasih dihukum penjara, denda

Mengikut pertuduhan, mereka sebagai pemandu bas bernombor pendaftaran APE 9588 telah mengendalikan kenderaan itu dengan cara berbahaya kepada orang awam.
Dalam prosiding sama, Nur Adila turut didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penumpang wanita berusia 44 tahun.
Namun di sebalik perbuatan berbahaya itu, terselit kisah hidup yang cukup meruntun jiwa.
Siapa sangka, Nur Adila Najwa sebenarnya pernah mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 8A 2B sekitar tiga tahun lalu.
Tertuduh merayu mahu sambung belajar

Ketika di hadapan Majistret Mazana Sinin, Nur Adila membuat rayuan penuh emosi dengan menceritakan latar belakang hidupnya yang sukar sejak kecil.
Saya dapat keputusan 8A 2B dalam SPM dan duduk dengan tok (nenek) sejak bayi, ibu berpantang. Saya ada dapat tawaran belajar tapi tak berkemampuan, selepas tok meninggal tak ada yang menanggung saya jadi saya telah berhijrah untuk mencari kerja.
Nur Adila Najwa berharap dia dikenakan hukuman ringan kerana mahu menyambung semula pelajaran yang tertangguh sebelum ini.
Mendengar rayuan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 42(1) APJ 1987.
Mahkamah juga mengambil kira faktor umur Nur Adila yang masih muda. Untuk kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang, Nur Adila dikenakan denda RM100 atau 14 hari denda jika gagal bayar.
Pssttt! Kisah ini jelas menunjukkan bagaimana satu kesilapan boleh mengubah masa depan seseorang. Walaupun mempunyai potensi besar sebagai pelajar cemerlang, keputusan yang dibuat tetap membawa akibat. Harapnya ini jadi pengajaran buat semua supaya sentiasa utamakan keselamatan dan tidak sia-siakan peluang dalam hidup.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM