Oh! Islam
Isteri Dalam Iddah Boleh Keluar Rumah? Peguam Syarie Jelaskan Isu Balu Mangsa Pemandu Mabuk
Peguam syarie jelaskan hukum isteri dalam iddah boleh keluar rumah bagi tuntut keadilan kes pemandu mabuk.
Kes kematian Allahyarham Amirul Hafiz Omar akibat dilanggar pemandu mabuk terus mendapat perhatian ramai, termasuk persoalan mengenai keadaan balu arwah yang kini dalam tempoh iddah.
BACA: Isteri Mangsa Mahu Nyawa Dibalas Nyawa, Tuntut Keadilan Kes Pemandu Mabuk
Terbaru, seorang peguam syarie tampil memberikan penjelasan selepas melihat kekeliruan netizen berkaitan sama ada isteri dalam iddah boleh keluar rumah atau tidak.
Netizen persoal isteri arwah ke mahkamah dalam waktu iddah
View on Threads
Jelas beliau, dalam Islam, isteri yang dalam tempoh iddah kematian suami dibenarkan keluar rumah sekiranya melibatkan keperluan mendesak atau darurat.
Dalam Islam, isteri dalam iddah kematian suami dibenarkan keluar rumah atas keperluan yang mendesak atau darurat, termasuk hadir ke mahkamah untuk menuntut keadilan bagi arwah suami yang maut dilanggar pemandu mabuk. Ini dikira sebagai urusan penting yang melibatkan hak dan keadilan, bukannya keluar tanpa keperluan.
Beliau turut berkongsi beberapa panduan penting yang perlu dipatuhi oleh wanita dalam tempoh iddah iaitu:
Keperluan Mendesak (Hajat): Keluar ke mahkamah, balai polis, atau urusan tuntutan insurans/pusaka dikira sebagai hajat (keperluan yang sangat penting) yang dibenarkan oleh syarak.
Masa Keluar: Isteri digalakkan keluar pada waktu siang dan kembali ke rumah sebelum malam, melainkan jika urusan mahkamah terpaksa dilanjutkan.
Adab Keluar: Sepanjang tempoh iddah, isteri perlu mengekalkan adab-adab iddah seperti tidak berhias berlebihan, dan menjaga kehormatan diri.
Tambahnya lagi, tindakan menuntut keadilan adalah tanggungjawab penting bagi memastikan pelaku menerima hukuman setimpal.
View on Threads
Di akhir perkongsian, beliau turut mendoakan agar keadilan dapat ditegakkan buat keluarga arwah.
Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan pentingnya kita memahami hukum agama dengan betul, terutama dalam situasi sensitif seperti iddah. Dalam masa yang sama, keadilan untuk mangsa juga tidak boleh diabaikan. Semoga keluarga arwah terus kuat dan diberikan keadilan yang sewajarnya.
Kredit: Thread @peguamsyarie_farhanfadzil
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM