Connect with us

Oh! Media

Akaun Instagram Digodam, Atlet Ukraine Mohon Maaf

Komen Kecam

Trending

Akaun Instagram Digodam, Atlet Ukraine Mohon Maaf

Belum pudar lagi kekecewaan rakyat Malaysia apabila pingat emas yang sepatutnya diraih atlet negara terpaksa ditarik semula oleh sebab kelewatan memasuki call room.

BACA: Kenyataan Rasmi World Para Athletics Isu Penarikan Emas Ziyad Zolkefli

Walaubagaimanapun, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.

IKLAN

Perkara itu mendapat perhatian daripada semua pihak termasuklah Ziyad sendiri yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia ke atas kesilapan tersebut.

Akaun atlet Ukraine digodam

Di dalam kekecewaan rakyat Malaysia, tidak terlepas juga kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang menjadi mangsa kemarahan netizen.

Menerusi laman Instagram terbaru Koval, dia telah menyatakan bahawa akaun pertamanya telah digodam oleh rakyat Malaysia menyebabkan dia tidak dapat mengaksesnya semula.

Dia juga terpaksa membuat akaun baharu bagi menerangkan situasinya itu yang mana laman Instagramnya diserang dengan pelbagai hujahan komen.

Akaun pertama saya telah digodam oleh orang Malaysia selepas mereka menyerang saya di ruangan komen.

Screenshot 851

Koval mohon maaf

Dalam pada itu, atlet tersebut tidak melepaskan peluang menggunakan akaun keduanya untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Menerusi Insta Story yang disimpan atlet berkenaan, dia telah memuat naik ucapan ringkas berkenaan permohonan maaf selepas rakyat tempatan mengecam dirinya di ruangan komen sebelum ini.

Screenshot 853

Tentera bawang terus mengecam

Walaupun secara terbuka telah memohon maaf terhadap tindakannya itu, namun, tentera bawang masih tidak berpuas hati dan terus memberikan kecaman.

Meninjau pada ruangan komen pada hantaran di laman Instagram keduanya itu, dilihat pelbagai hujahan serta kata-kata makian dilemparkan kepada atlet lontar peluru itu.

Screenshot 857
Screenshot 858
Screenshot 859

Walaubagaimanapun, terdapat juga komen yang memberikan nasihat kepada netizen supaya tidak melibatkan ciri-ciri fizikal atlet berkenaan disebabkan mereka merupakan dari golongan orang kurang upaya (OKU).

Kredit: Instagram maksym.koval_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas