Connect with us

Oh! Media

Tular Buat ‘Remix’ Guna Suara Azan, Rancangan TV Korea Buat Permohonan Maaf

Oh! Tidak

Tular Buat ‘Remix’ Guna Suara Azan, Rancangan TV Korea Buat Permohonan Maaf

Laungan azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama islam sebagai tanda menyatakan masuknya waktu solat fardu.

ADVERTISEMENT

BACA: Pihak Masjid Mohon Maaf Isu Azan Magrib Awal 3 Minit

Kita juga sering mendengarkan dendangan azan dengan pelbagai versi yang merdu dan unik dari sesetengah individu bagi menyerikan seruan tersebut.

Namun, terdapat juga kejadian yang mana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mempermainkan azan dan tidak menghormati agama islam.

Rancangan TV Korea hina azan?

Baru-baru ini, sebuah rancangan televisyen Korea bernama MNET telah bertindak menghina kesucian agama islam dengan mempermainkan azan.

Perbuatan itu dilakukan oleh MNET dalam program Street Woman Fighter dengan menggunakan laungan azan yang telah di’remix bersama lagu lain.

Rancangan TV itu telah menggunakan bunyi azan pada bahagian intro lagu latar dalam episod awal rancangan tersebut yang dimuat naik menerusi saluran Youtube milik mereka pada 24 Ogos yang lalu.

Berhubung dengan perkara itu, seluruh masyarakat khususnya beragama islam turut berasa kecewa serta marah dengan tindakan biadap stesen TV tersebut.

Rata-rata daripada mereka menuntut agar MNET membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat islam sehingga mewujudkan tanda pagar #mnetapologize di media sosial.

Selain itu, netizen juga turut menyerang video klip berkenaan program tersebut dalam Youtube serta mengecam kumpulan tersebut.

MNET buat permohonan maaf

Menyedari perkara itu, stesen televisyen korea berkenaan telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman daripada orang ramai.

Perkara itu dikongsikan mereka di laman Instagram milik MNET dengan ulasan serta kekesalan mereka menggunakan seruan azan sebagai lagu intro mereka.

Menurut mereka, pihak produksi mereka menyangka bahawa bunyi eletronik pada lagu tersebut adalah sesuai dengan lagu latar program berkenaan.

Selain itu, mereka juga turut bertindak memadam video yang dimuat naik itu selain turut menghormati segala kritikan yang telah dilemparkan.

Mengakhiri ulasan itu, mereka juga akan terus mendengar segala pendapat daripada penonton dari seluruh dunia serta menghargai minat masyarakat terhadap program tersebut.

Kredit: Instagram MNET I Kosmo! I Facebook Laila Reidempire

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top