Connect with us

Oh! Media

Pihak Masjid Mohon Maaf Isu Azan Magrib Awal 3 Minit

Oh! Islam

Pihak Masjid Mohon Maaf Isu Azan Magrib Awal 3 Minit

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh mulia yang sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh setiap muslim di dunia untuk menambahkan amal ibadat. Umat manusia di Malaysia berpuasa selama lebih kurang 13 jam sebelum azan magrib yang menjadi tanda berbuka puasa.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, pihak masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak yang terletak di Batu Caves, Selangor memohon maaf dalam satu kenyataan rasmi berkaitan kesilapan melaungkan azan magrib awal tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada isnin lalu.

Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesilapan berkaitan melaungkan azan itu berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid tersebut.

Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

Wan berkata, mereka yang terlibat dalam insiden tersebut perlu mengantikan puasa mereka kerana menurut pandangan jumhur ulama menyatakan bahawa insiden tersebut menyebabkan puasa mereka terbatal dan perlu diganti atau diqada.

Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

Beliau sekali lagi memohon maaf keatas insiden itu dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Faebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas