Connect with us

Oh! Media

Jadi Punca Jemaah Kena  Ganti Puasa, Pihak Masjid Mohon Maaf Sebab Laung Azan Awal 4 Minit Sebelum Waktu Berbuka

masjid laung azan sebelum berbuka ohmedia

Oh! Tidak

Jadi Punca Jemaah Kena  Ganti Puasa, Pihak Masjid Mohon Maaf Sebab Laung Azan Awal 4 Minit Sebelum Waktu Berbuka

Sebelum ini kami ada melaporkan yang Masjid Prima Saujana Kajang melaungkan Azan Maghrib 4 minit awal sebelum masuk waktu Maghrib atau berbuka puasa yang sebenar. Allahu!

BACA: Masjid Di Kajang Laung Azan Maghrib Awal 4 Minit, Jemaah Perlu Ganti Puasa

Menurut laporan Harian Metro, pengurusan masjid itu telah pun memohon maaf kepada jemaah kerana melakukan perkara itu oleh sebab ada masalah teknikal.

IKLAN

Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari masjid itu perlu ganti atau qada puasa mereka dan perkara ini dikatakan sendiri Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun.

Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali.

Sama-samalah kita belajar dari kesilapan dan diharapkan agar perkara sebegini tidak berulang lagi. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas