Connect with us

Oh! Media

Masjid Di Kajang Laung Azan Maghrib Awal 4 Minit, Jemaah Perlu Ganti Puasa

masjid

Oh! Islam

Masjid Di Kajang Laung Azan Maghrib Awal 4 Minit, Jemaah Perlu Ganti Puasa

Isu azan Maghrib sebelum waktu berbuka puasa bukan lagi asing di negara kerana pernah berlaku pada masa dahulu.

ADVERTISEMENT

Namun perkara itu kembali berulang di Masjid Prima Saujana Kajang apabila Azan Maghrib dilaungkan 4 minit awal sebelum masuk waktu yang sebenar.

Oleh yang demikian, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid tersebut untuk berbuka puasa pada hari kejadian, puasa mereka adalah terbatal dan perlu diganti atau diqada.

Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali. – Nazir Masjid, Mohamad Asri Harun –

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Harap jemaah lebih alert selepas ini dan tidak hanya berharap pada waktu azan di Masjid sahaja untuk berbuka puasa.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas