Connect with us

Oh! Media

“Saya Berasa Dianiaya” – Najib Dakwa Badan Kehakiman Berlaku Tidak Adil Padanya

Trending

“Saya Berasa Dianiaya” – Najib Dakwa Badan Kehakiman Berlaku Tidak Adil Padanya

Hari ini merupakan hari yang menjadi satu tarikh keramat buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau didapati bersalah dalam kes menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Rayuan Najib Razak Ditolak, Kekal Dipenjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Najib dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas menteri kewangan itu.

Najib dakwa badan kehakiman tidak berlaku adil

Dalam pada itu, ketika prosiding mahkamah sedang berjalan, Najib mendakwa bahawa badan kehakiman negara tidak berlaku adil terhadap dirinya.

Beliau yang berada di kandang tertuduh Mahkamah Persekutuan petang tadi merasakan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu semakin nipis sepanjang minggu lepas.

Bukan kerana ketiadaan merit tetapi kerana saya tidak diwakili. Saya mendapati keputusan Mahkamah Yang Mulia ini meskipun menghalang peguam saya menarik diri, hakikatnya saya masih tidak diwakili.

Yang Arif, saya merayu agar mahkamah tidak mengambil hati dengan apa yang saya luahkan, tetapi ini adalah apa yang saya rasakan. Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan inilah yang paling teruk, iaitu apabila menyedari badan kehakiman menentang saya dengan cara yang paling tidak adil.

Bukan itu sahaja, Najib turut mendakwa kes perbicaraannya telah melalui satu proses yang agak pantas untuk sampai ke tahap ini berbanding dengan kes berprofil tinggi terakhir yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan bahawa tertuduh adalah orang paling penting dalam mahkamah jenayah, namun saya berasa dianiaya dan saya rasa perbicaraan yang adil tidak diberikan kepada saya.

Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa empat tahun, dua tahun daripadanya terjejas akibat pandemik itu dan tidak kurang daripada tujuh prosiding lain, jenayah dan sivil terhadap saya.

Seperti yang saya katakan, saya juga tidak pernah memohon penangguhan dalam rayuan ini selain pertukaran peguam cara dan peguam bela saya.

Walaubagaimanapun, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Untuk info, Najib, 69, gagal membatalkan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Dis 2021 yang lalu.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas