Connect with us

Oh! Media

Sakit Makin Teruk Lepas Langgar Pantang, Nenek 90 Tahun Meninggal Dunia Sehari Selepas Buang Susuk

Ohmedia susuk Nenek Tua

Oh! Tidak

Sakit Makin Teruk Lepas Langgar Pantang, Nenek 90 Tahun Meninggal Dunia Sehari Selepas Buang Susuk

Nenek 90 tahun meninggal dunia sehari selepas buang susuk, kisah sakit misteri ini jadi pengajaran buat ramai.

Seorang ustaz dikenali sebagai Faridzuan Jamaludin berkongsi pengalaman membuang susuk pada nenek berusia 90 tahun.

Dalam perkongsian itu, Faridzuan juga berkongsi panggilan telefon dengan si anak yang berkongsi bagaimana ibunya diketahui pakai susuk.

Nenek sakit misteri lepas langgar pantang makan pisang emas

Susuk
Kredit foto Facebook Faridzuan Jamaludin

Menurut si anak, pada awalnya ibu alami luka kecil di bahagian kepala selepas langgar pantang makan pisang emas.

IKLAN

Tau lama dah tapi masa luka tu kecil, dia cakap dah buang dah. Tapi tak tahu macam mana dia makan pisang emas ke apa ke. Saya ingat dah okay. Tapi makin membesar-membesar lukanya.

Katanya, luka itu semakin membesar dan tidak sembuh walaupun mereka sudah mendapatkan rawatan di hospital pakar.

Dah banyak dah berubat dekat Colombia Hospital semua tak mahu baik. Dekat rumah keluar ulat, bawa hospital Sungai Buloh. Doktor nak operate tapi umur dah lebih saya bawa balik la. Sepupu saya jaga, dalam 6 bulan duk berulang hospital Sungai Buloh.

Sehinggalah, ibu menjalani ct scan ketika ditahan di wad dan mendapati terdapat jarum di bahagian dahi ibunya.

Susuk
Kredit foto Facebook Faridzuan Jamaludin

Lalat hijau keliling, ulat. Last-last doktor minta CT scan, nampak benda tu. Memang saya percaya dia langgar pantang. Mak saya cakap, “mak dah baik mak langgar la pantang.”

Kata si anak lagi, luka yang membesar berbau busuk dan berulat. Namun selepas susuk dibuang, luka mula menjadi kering, tidak berbau dan ulat juga hilang.

Luka tu kecil je ustaz, setengah inci je. Makin lama makin besar setahun je. Sakit lain dia tak ada, jantung, kencing manis darah tinggi semua tak ada. Apa kena mengena dengan luka?

Dimaklumkan, ibunya meninggal dunia sehari selepas susuk dibuang iaitu jam 2 pagi malam Jumaat.

Orang rumah cakap masa mandikan bersih alhamdulilah. Lepas satu hari buang susuk baik terus, saya datang 12 tengah hari saya cium. Dia meninggal pukul 2, pagi malam Jumaat.

Si anak berterima kasih kepada ustaz yang membantunya mengeluarkan perkara yang tidak patut pada ibunya.

Dalam pada itu, ustaz menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan bomoh yang meminta pemakai melanggar pantang jika sudah tidak mahu.

Katanya, pada akhirnya susuk akan memakan diri sendiri dan memberi mudarat. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang di luar sana supaya meninggalkan perkara yang dilarang Allah SWT.

Pssttt! Kisah ini jelas menjadi peringatan buat kita semua bahawa perkara yang dilarang agama bukan sekadar kepercayaan, tetapi boleh membawa kesan buruk dalam kehidupan. Semoga kisah ini membuka mata ramai untuk menjauhi perkara yang meragukan dan kembali kepada jalan yang lebih selamat.

Kredit: Facebook Faridzuan_jamaludin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas