Oh! Negara
“Kalau Malas, Lembab Sila Ambil Cuti Sekarang” – Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegur pemimpin PKR malas dan minta fokus kerja demi rakyat serta persiapan PRU.
Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya dengan tegas meminta semua peringkat kepimpinan hentikan pergaduhan perkara remeh dan kembali fokus kepada rakyat. Presiden parti PKR itu memberikan arahan jelas untuk mereka yang malas bekerja supaya ambil cuti daripada pegang jawatan.
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pimpinan perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum. Baginya, usaha dan kerja keras jauh lebih penting daripada melayan konflik dalaman yang tidak membawa manfaat.
Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar bekerja dan bukan sekadar memegang jawatan. Fokus utama tetap kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
Kita kena bersiap daripada sekarang untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU). Ikhtiar dan kerja perlu seiring daripada bertelingkah hal remeh-temeh dan jangan fikir masalah kerana ia tidak akan selesai.- Katanya.
Anwar Ibrahim minta ketua cabang malas ambil cuti

Dalam nada lebih tegas, Anwar turut menyentuh soal sikap segelintir ketua cabang yang dilihat tidak aktif. Malah, Setiausaha Agung juga diberikan kuasa untuk menilai prestasi mereka.
Menurutnya, jika mesyuarat bulanan pun gagal dihadiri, lebih baik lepaskan jawatan daripada terus memegang tanggungjawab tanpa komitmen.
Ini mesyuarat sebulan sekali pun malas, jadi ketua-ketua cabang kalau malas, lembab sila ambil cuti sekarang, tak payah jadi ketua cabang. Nak pimpin buat cara pimpin.- Tegasnya.
Semangat hanya masa pemilihan

Anwar juga menyelar sikap segelintir pemimpin yang hanya bersemangat ketika berebut jawatan. Selepas menang, mereka mula hilang fokus dan gagal menjalankan tugas dengan baik.
Katanya, situasi ini tidak sepatutnya berlaku kerana parti adalah milik rakyat, bukan milik individu. Malah, rekod prestasi cabang akan dinilai termasuk pertambahan ahli dan aktiviti yang dijalankan.
Ini masa berkempen merebut jawatan sanggup tidur sehingga jam 3 pagi, namun selepas menang, WhatsApp pun tidak balas, orang telefon pun tidak berangkat dan mesyuarat pun malas.- Katanya.
Pssttt! Kadang-kadang dalam organisasi, masalah bukan besar mana pun tapi jadi besar sebab ego dan sikap malas. Kalau dah diberi tanggungjawab, buatlah betul-betul. Korang pun sama, apa saja kerja atau amanah, jangan buat separuh jalan sebab akhirnya orang lain yang terkesan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM