Oh! Tidak
“Bunyi Zip Dibuka” – Lelaki 55 Tahun Ditahan Buat Aksi Tak Senonoh Depan Wanita Dalam Kedai
Lelaki ditahan selepas lakukan gangguan seksual dalam pasaraya di Gerik, Perak.
Kecoh apabila satu kejadian gangguan seksual di tempat awam dilaporkan berlaku di sebuah pasaraya di Gerik, Perak sehingga mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan orang ramai.
Lebih mengejutkan, suspek didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu secara terbuka sebelum berjaya ditahan pihak polis dalam tempoh singkat.
Pengadu nampak suspek lakukan perbuatan jijik

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku pada 23 April 2026 sekitar jam 3.33 petang.
Seorang wanita Melayu berumur 25 tahun yang bekerja di pasaraya tersebut terdengar bunyi seperti zip dibuka sebelum membuat pemeriksaan.
Pengadu kemudian mendapati seorang lelaki sedang memegang serta melancapkan kemaluannya sambil memandang ke arahnya.
View on Threads
Tindakan itu membuatkan mangsa terus merakam kejadian menggunakan telefon bimbit dan memarahi suspek.
Suspek cuba lari tapi berjaya ditahan

Selepas ditegur, suspek bertindak keluar dari pasaraya tersebut. Pihak polis berjaya mengesan dan menahan lelaki berumur 55 tahun itu selepas laporan dibuat mangsa.
Suspek kini akan direman bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Pssttt! Perbuatan seperti ini memang tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan berani mangsa merakam dan melaporkan kejadian wajar dipuji. Harapnya hukuman setimpal dikenakan agar menjadi pengajaran dan orang ramai lebih peka terhadap keselamatan diri.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM