Oh! Tidak
Suami Isteri Diserbu JAIS Di Karaoke, Momen Lucu Jadi Perhatian
Pasangan suami isteri kongsi pengalaman diserbu JAIS ketika di pusat karaoke
Isu pasangan diserbu pihak Jabatan Agama bukanlah perkara baru, malah sudah banyak kali tular di media sosial. Biasanya, tindakan ini dibuat selepas ada aduan orang awam atau apabila sesuatu situasi dilihat mencurigakan.
Namun baru-baru ini, satu kejadian melibatkan pasangan suami isteri di pusat karaoke mencuri perhatian ramai. Bukan sebab kontroversi, tapi kerana momen yang dianggap lucu dan ‘rare’ oleh netizen.
Diserbu ketika sedang berkaraoke

Kejadian berlaku ketika pasangan tersebut sedang seronok berduet dalam bilik karaoke. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka oleh penguatkuasa yang memberi salam sebelum mula bertanyakan status hubungan mereka.
Situasi jadi sedikit kelakar apabila si suami sendiri kelihatan blur dan tak ingat tahun perkahwinan mereka. Reaksi spontan itu terus buat ramai terhibur.
Yang suami aku, tahun bila kahwin pun tak ingat.- Katanya.
Tunjuk kad nikah sebagai bukti

Selepas muzik dihentikan seketika, si isteri terus bertindak pantas dengan menunjukkan kad nikah sebagai bukti sah mereka suami isteri. Penguatkuasa kemudian mengucapkan terima kasih atas kerjasama sebelum beredar.
Bagi pasangan ini, pengalaman tersebut jadi kenangan pertama yang agak lucu. Walaupun nampak tegang pada awalnya, akhirnya bertukar jadi cerita yang boleh dikenang.
Netizen terhibur dan kongsi pengalaman

Video berdurasi lebih seminit itu kini sudah mencecah sekitar 600,000 tontonan di TikTok. Rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut dan ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri.
Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah puluhan tahun berkahwin tapi masih belum buat kad nikah. Malah ada yang tanya sama ada boleh guna gambar keluarga sebagai bukti.
Pssttt! Kadang benda kecil macam ni pun boleh jadi isu kalau tak bersedia. Jadi korang yang dah kahwin tu, simpanlah bukti sah elok-elok. Mana tahu tiba-tiba kena ‘check’, taklah jadi panik macam ni.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM