Connect with us

Oh! Media

“Dasar Pengemis, Muka Tembok” – Netizen Kecam Anak Norish Karman Pemalas, Minta Cari Kerja

Ohmedia anak Norish Karman

Oh! Artis

“Dasar Pengemis, Muka Tembok” – Netizen Kecam Anak Norish Karman Pemalas, Minta Cari Kerja

Anak Norish Karman dikecam pemalas dan pengemis selepas minta bantuan rawatan ibunya.

Isu melibatkan keluarga pelakon veteran Norish Karman terus hangat diperkatakan apabila anaknya pula menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

BACA: “Saya Berangan Je” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Terima RM200,000

Difahamkan, Amanda menerima kritikan gara-gara memohon bantuan untuk kos rawatan ibunya. Lebih mengeruhkan keadaan apabila mereka sekeluarga tampil di sesi live bersama usahawan terkenal di TikTok.

IKLAN

Netizen tinggalkan komen pedas dan melampau

Netizen mula menyerang Amanda mempertikaikan gaya hidup yang dijalani keluarga ini. Seorang pemilik akaun palsu mengeluarkan kata-kata kesat berkata, dia malas bekerja dan hanya mengemis memohon bantuan.

Anak Norish Karman
Kredit foto Insatagram mandahashbrown

Amanda bagaimanapun hanya mampu membalas ‘alhamdulilah’ dan berterima kasih kepada pembenci mereka sekeluarga.

Anak Norish Karman
Kredit foto Insatagram mandahashbrown

Terdahulu, pelakon Norish Karman berhadapan keadaan kesihatan yang tidak menentu menyebabkan dia tidak mampu bekerja sehingga tiada punca pendapatan.

Berikutan kesempitan, anaknya terpaksa meminta bantuan secara terbuka untuk membiayai kos rawatan ibu yang seterusnya.

Amanda juga tampil mempertahankan ibunya dan meminta orang ramai berhenti mengungkit kisah lama yang tidak lagi relevan.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa mudahnya netizen menghukum tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Meminta bantuan bukan satu kesalahan, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak. Mungkin kita semua perlu lebih empati sebelum meninggalkan komen yang boleh mengguris hati orang lain.

Kredit: Instagram mandahashbrown
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas