Oh! Artis
“Mamat Tu Jual Kereta..” – Zynakal Minta Netizen Hargai Penggiat Seni Sebenar Bukannya ‘Support’ Lagu AI
Lagu AI semakin viral dan dapat sokongan ramai, Zynakal luah rasa kecewa.
Isu muzik AI kini semakin hangat diperkatakan apabila semakin banyak lagu berasaskan teknologi itu tular dan mendapat sambutan luar biasa.
Perkara ini turut menarik perhatian penyanyi Zynakal yang tampil meluahkan rasa kecewa apabila karya sebenar anak seni seolah-olah dipandang sepi berbanding lagu AI.
Zynakal persoal sokongan netizen
Menerusi perkongsian di media sosial, Zynakal secara terbuka mempersoalkan tindakan netizen yang lebih memilih untuk menyokong lagu AI.

Dalam masa sama, Zynakal turut menegaskan kepentingan menghargai penggiat seni sebenar yang menghasilkan karya dengan usaha sendiri.
Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan individu yang menggunakan AI, namun bimbang apabila mereka terus dilabel sebagai musisi.
Dedah ada projek kolaborasi dengan Indonesia
Dalam pada itu, Zynakal turut berkongsi perkembangan terbarunya apabila mendedahkan sedang menjalinkan kolaborasi bersama artis dari Indonesia.

Isu ini timbul selepas lagu AI yang dikaitkan dengan Azlan The Proton Type menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.
Azlan difahamkan menerima banyak undangan dan bakal muncul dengan karya kedua.
Pssttt! Tak dinafikan teknologi AI memang semakin maju, tapi dalam dunia seni, usaha dan jiwa itu penting. Sokongan kepada penggiat seni sebenar perlu diteruskan supaya industri muzik tempatan tidak tenggelam dalam trend semata-mata.
Kredit: Thread Zynakal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM