Oh! Tidak
“Sebab Jantan Macam Ni Rosak Nama Silat” – Netizen Terkejut ‘Panglima TikTok’ Popular Didakwa Pukul Isteri
‘Panglima TikTok’ didakwa pukul isteri hingga cedera, mangsa kongsi bukti dan jalani rawatan pakar.
Kecoh di Thread luahan dibuat seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa pukul seorang lelaki yang popular dikenali sebagai ‘panglima’ di TikTok.
Dakwa wanita ini, dia menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan kini sudah pun selamat berpisah dengan lelaki terbabit.
Video rakaman menunjukkan dirinya dipukul suami
View on Threads
Namun, dia mendakwa menderita sejak dari awal perkahwinan dan hanya bertahan disebabkan anak.
Dalam hantaran itu, dia turut memuat naik rakaman video CCTV menunjukkan dirinya dipukul lelaki terbabit.
Anak turut trauma

Perkongsian turut menunjukkan keadaan wajahnya yang cedera, termasuk hidung berdarah, sekali gus mengundang simpati orang ramai.
Individu terbabit kini menjadi sasaran kecaman memandangkan dirinya dikenali ramai di TikTok.

Walaupun ramai netizen mula ‘menuding jari’ kepada individu tertentu di TikTok, sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.
Identiti sebenar lelaki yang dimaksudkan juga belum disahkan, dan kes ini masih dalam peringkat dakwaan.
Pssttt! Isu sebegini memang cepat mencetuskan emosi, lebih-lebih lagi bila melibatkan keganasan. Namun, penting untuk kita kekal berpegang pada fakta dan tidak menghukum tanpa bukti sah. Jika benar berlaku, semoga mangsa mendapat keadilan dan pelaku dikenakan tindakan sewajarnya.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM