Oh! Tidak
Pempengaruh Lelaki Terkenal Dari Melaka Ditahan, Bantu Siasatan Kes Kanak-Kanak Positif Dadah
Pempengaruh ditahan miliki hampir 600,000 pengikut.
Satu kes yang mengejutkan melibatkan kanak-kanak kecil kini menjadi perhatian ramai apabila seorang pempengaruh media sosial ditahan polis.
Memetik laporan Malaysia Gazette, lelaki berusia 39 tahun dari Melaka yang mempunyai hampir 600,000 pengikut itu telah ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang kanak-kanak perempuan didapati positif dadah.
Kanak-kanak dalam keadaan separuh sedar

Menurut Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, kes ini disiasat selepas pegawai perubatan di Hospital Melaka menerima seorang pesakit iaitu kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam keadaan separuh sedar sekitar jam 5 petang pada 14 April lalu.
Lebih mengejutkan, ujian saringan air kencing terhadap mangsa berusia tiga tahu mendapati kanak-kanak perempuan berkenaan positif bahan terlarang jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Ibu mangsa memaklumkan kepada pihak hospital bahawa kanak-kanak itu sebelum ini berada di bawah jagaan seorang pengasuh di kawasan Sungai Putat, di sini.
Difahamkan, mangsa sebelum itu menerima bantuan pernafasan menggunakan tiub di Zon Merah Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 11 April.
Suspek direman, tiada rekod lampau

Susulan kejadian itu, pihak polis menahan pempengaruh berkenaan pada jam 9.30 malam, 15 April.
Suspek yang juga seorang pempengaruh media sosial disahkan tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif dadah.
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 16 April hingga 22 April dan tempoh tersebut disambung selama lima hari lagi bermula 23 April hingga 27 April.
Kes ini masih dalam siasatan dan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Melaka untuk arahan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pssttt! Kes ini jelas menimbulkan kebimbangan, terutama apabila melibatkan kanak-kanak yang masih kecil. Apa sebenarnya yang berlaku masih belum diketahui sepenuhnya, namun diharapkan siasatan berjalan dengan telus dan keadilan dapat ditegakkan. Keselamatan kanak-kanak perlu sentiasa diutamakan oleh semua pihak.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM