Connect with us

Oh! Media

Terkini! Rayuan Najib Razak Ditolak, Kekal Dipenjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Najib Razak

Trending

Terkini! Rayuan Najib Razak Ditolak, Kekal Dipenjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Rasanya semua tahu yang hari ini merupakan rayuan terakhir bagi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bersama-sama 4 lagi panel hakim membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir sejak minggu lalu.

Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)

Malam semalam, Najib Tun Razak telah melafazkan sumpah laknat yang menafikannya tidak terlibat dengan kes pengelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bukan tu jer, beliau juga memaklumkan yang dirinya tidak pernah tahu mengenai dana sebanyak RM42 juta itu datang dari syarikat SRC sehingga kini dalam sumpah laknat yang berlangsung di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas