Oh! Artis
“13 Tahun..” – Eira Syazira Tegur Cara Netizen Kritik Anaknya Di TTMM
Eira Syazira minta orang ramai lebih berempati dan tidak terlalu menghukum.
Pelakon Eira Syazira tampil meluahkan rasa sedih membaca komen melampau yang ditinggalkan netizen terhadap anaknya, Amarra Sofea Rose yang kini menyertai program Talk To My Manager (TTMM).
Eira berkata, cara segelintir individu menghukum seolah-olah anaknya melakukan kesalahan jenayah besar.
“Jangan patahkan sayapnya”
Menurut Eira, usia 13 tahun adalah waktu di mana seseorang anak masih dalam fasa belajar mengenal kehidupan dan membina jati diri.
Tambahnya lagi, kanak-kanak tersebut hanya sedang mencari ruang untuk berkembang dan bukan melakukan sesuatu yang patut dibenci.
Eira juga menegaskan bahawa tindakan menghukum dan membenci seorang anak kecil secara terbuka boleh memberi kesan emosi yang besar.
“Kritik boleh, tapi jangan hilang kemanusiaan”

Dalam masa sama, Eira mengingatkan bahawa kritikan itu tidak salah, namun ia perlu disampaikan dengan cara yang lebih berhemah.
Menurutnya, ramai yang terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa bahawa diri sendiri juga tidak sempurna.
Pssttt! Media sosial memang tempat semua orang bersuara, tapi bila melibatkan kanak-kanak, empati itu sangat penting. Kita mungkin nampak perkara kecil, tapi bagi mereka, ia boleh beri kesan besar sepanjang hidup. Tegur dengan cara yang betul, bukan menjatuhkan.
Kredit: Instagram Eira Syazira
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM