Trending
“Kalau Rasa Tak Dihargai Sangat, Jom La Ikut Aku Jual Kereta” – Azlan The Proton Type Respon Isu Lagu AI
Azlan The Proton Type jelaskan lagu AI hanya untuk marketing bukan keuntungan.
Isu lagu AI dan muzik sebenar nampaknya semakin panas apabila penjual kereta, Azlan The Proton Type pula tampil memberi respon.
Menurut Azlan, lagu AI yang dihasilkannya sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran, bukan untuk keuntungan peribadi.
Lagu AI hanya untuk marketing, bukan cari untung
Dia juga menjelaskan bahawa fenomena lagu tersebut berlaku disebabkan teknik pemasaran yang berkesan, bukan semata-mata kerana muzik itu sendiri.

Kata Azlan lagi, lagu AI sebelum ini tidak mendapat sebarang keuntungan kerana tidak berdaftar dan tiada hak cipta.
Azlan turut mendedahkan bahawa karya kedua yang dimaksudkan adalah lagu baru yang bakal dibuat bersama komposer dan rakaman juga dibuat di studio.
Respon ‘pedas’ buat yang rasa tak dihargai
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah respon ringkas Azlan terhadap isu dihargai atau tidak dalam industri.

Walaupun berdepan kontroversi, Azlan mengakui dia tetap gembira apabila lagu tersebut diterima baik oleh orang ramai.
Pssttt! Dalam dunia sekarang, teknologi dan seni memang semakin bercampur. Tapi isu ini sebenarnya bukan tentang siapa betul atau salah, sebaliknya tentang keseimbangan antara usaha kreatif dan penggunaan teknologi. Apa pun, masing-masing ada cara sendiri untuk ‘survive’ dalam industri, cuma jangan sampai hilang rasa hormat antara satu sama lain.
Kredit: Thread Azlan The Proton Type
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM