Connect with us

Oh! Media

Tom Akui Rumah Tangga Dengan Fuad Rahman Hampir Musnah, Diberi Peluang Kedua

Ohmedia tom Fuad Rahman

Oh! Artis

Tom Akui Rumah Tangga Dengan Fuad Rahman Hampir Musnah, Diberi Peluang Kedua

Tom akui rumah tangga dengan Fuad Rahman hampir musnah.

Penyanyi Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui rumah tangganya bersama Fuad Rahman pernah berada di ambang perpisahan, namun kini memilih untuk terus bertahan demi peluang kedua yang diberikan.

Menurut laporan Kosmo, Tom berkata terlalu banyak ujian yang dilalui sejak awal perkahwinan, termasuk detik di mana hubungan mereka hampir berakhir.

Tiga tahun pertama perkahwinan orang cakap memang banyak perkara akan berlaku.

“Enam bulan kita hadap rumah tangga hampir musnah” – Tom

Tom Fuad Rahman

Tom turut berkongsi bahawa mereka pernah melalui fasa paling sukar dalam tempoh enam bulan yang hampir meruntuhkan rumah tangga tersebut.

IKLAN

Selama enam bulan kita hadap keadaan rumah tangga hampir musnah, hujung-hujung sudah tunggu masa saja.

Namun, baginya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

Tetapi Allah SWT yang tentukan semua. Tidak mengapa, kita cuba lagi.

Peluang kedua demi masa depan keluarga

Tom Fuad Rahman

Walaupun pernah timbul isu kecurangan dan khabar angin perceraian sebelum ini, Tom menegaskan bahawa peluang kedua ini adalah untuk memperbaiki diri dan hubungan.

Peluang kedua bukan tentang melupakan perkara lalu sebaliknya belajar daripadanya.

Untuk rekod, sebelum ini Tom pernah memuat naik hantaran Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad yang dikaitkan dengan isu kecurangan. Namun pasangan ini kembali bersama selepas dilihat berbaik semula bersama anak-anak mereka.

Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia.

Pssttt! Setiap hubungan ada turun naiknya, tapi peluang kedua hanya bermakna bila kedua-dua pihak benar-benar berusaha untuk berubah dan memperbaiki diri.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas