Trending
“Tidak Ada Cadangan” – Zahid Hamidi Jawab Apabila Ditanya Mengenai Pertukaran Menteri Besar Negeri Sembilan
Zahid Hamidi tegaskan tiada cadangan tukar Menteri Besar Negeri Sembilan.
Barisan Nasional (BN) menegaskan mereka tidak mencadangkan sebarang penukaran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga daripada PKR.
Menurut laporan Harian Metro, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun wujud suara penolakan daripada 14 ADUN UMNO, pendirian BN tetap jelas iaitu menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.
Isu adat jadi punca ketegangan

Menurut Ahmad Zahid, penolakan yang dibangkitkan bukan bersifat menyeluruh terhadap kepimpinan Menteri Besar, sebaliknya berkait isu campur tangan dalam hal adat Negeri Sembilan.
Bukan menolak, tetapi kita tidak mendukung selagi beliau (Aminuddin) campur tangan di dalam undang-undang adat di Negeri Sembilan.
Beliau turut menegaskan bahawa institusi adat negeri perlu dihormati oleh semua pihak.
Soal ‘co-rulers’ antara Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat itu harus dihormati.
“Tidak ada cadangan” – Zahid Hamidi

Ditanya mengenai desakan pertukaran Menteri Besar, Ahmad Zahid memberikan jawapan ringkas dan jelas.
Tidak ada cadangan.
Sebelum ini, UMNO Negeri Sembilan dilaporkan menolak kepimpinan Aminuddin Harun berhubung isu berkaitan adat dan institusi pemerintahan negeri.
Namun begitu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor menegaskan pihaknya tetap menghormati keputusan pucuk pimpinan untuk meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
Pssttt! Dalam politik, perbezaan pendapat itu biasa. Namun kestabilan dan hormat kepada institusi tetap jadi asas utama dalam menjaga keharmonian negeri dan negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM