×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Padah Ganggu Isteri Rakan Ajak Bersetubuh, Lelaki Dibunuh Sebelum Dibuang Ke Longkang

Oh! Tidak

Padah Ganggu Isteri Rakan Ajak Bersetubuh, Lelaki Dibunuh Sebelum Dibuang Ke Longkang

Akibat dendam yang tersimpan sekian lama, seorang lelaki tekad membunuh rakannya sendiri yang juga warga Indonesia kerana sering mengganggu isterinya. Mangsa dibunuh sebelum mayat dibuang ke dalam longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, Lawas, Sarawak.

Dilaporkan, bara api menjadi semakin marak apabila mangsa bunuh itu juga turut mengajak isterinya itu bersetubuh!

Foto: Harian Metro (Melvin Joni)

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Imran, 40-an, ditemui orang awam, 9.30 pagi Rabu lalu.

Katanya lagi, siasatan lanjut mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari Rabu lalu.

Suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin (26 April) lalu berpunca daripada mangsa selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya bersetubuh.

Susulan itu, suspek juga mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat.

Namun, beliau berkata, lokasi sebenar pergaduhan sedang dikenal pasti.

Katanya, pemeriksaan pada mayat mangsa mendapatinya kesan-kesan tetakan di dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus.

Tambahnya, suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menyingkap kejadian lalu, suspek rupanya datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isterinya.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, suspek juga tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit Tradewind, Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru.

Roslan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top