Oh! Artis
Bella Astillah Akhirnya Beri Respon Mengenai Ruhainies Ingin Berjumpa
Sebelum ini pelakon, Ruhainies ada membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah dan meluahkan hasrat ingin berjumpa dengannya.
Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Bella hanya mahu mengunci mulut dan ingin fokus kepada perbicaraan di mahkamah dan kariernya.
Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik.
Bella Astillah juga tidak mahu memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai wanita yang mendakwa dia adalah kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.
Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu.
Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam.
Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik.
Apapun, semoga yang baik-baik saja buat Bella Astillah dan Aliff Aziz.
Kredit: Oh! Bulan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM