Connect with us

Oh! Media

Tiga Suspek Langgar Dan Pukul Seorang Lelaki Berjaya Ditahan Pihak Polis

Trending

Tiga Suspek Langgar Dan Pukul Seorang Lelaki Berjaya Ditahan Pihak Polis

Baru-baru ini viral mengenai satu video yang memaparkan seorang lelaki dilanggar dan dipukul oleh beberapa individu. Kejadian dipercayai berlaku di sekitar Simpang Renggam dan Benut, Pontian.

ADVERTISEMENT

Menurut akhbar Sinar, polis telah menahan tiga individu yang terlibat dalam insiden itu. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada 11 Mac dan menangkap suspek pada 12 Mac. Manakala, video berkaitan insiden itu viral pada 14 Mac.

Polis telah merampas sebuah kenderaan serta serangkai anak kunci dan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan dendam yang berpunca daripada mangsa telah menikam rakan suspek.

Kesemua suspek direman di Mahkamah Majistret Kluang dan sehingga kini polis masih mengesan suspek yang masih bebas.

Kredit : Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/Polis

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas